Friday, June 4, 2010

gadis bunga

Saya berkawan dengan gadis bunga sudah lama. semenjak saya selalu berhingus di dalam kelas darjah dua kemudian dihalau cikgu bahasa inggeris lagi.

gadis bunga sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan saya yang gemuk ini. cuma wajahnya berwarna kuning dan badannya berbentuk seperti bunga. tidak seperti saya yang berkulit hitam dan badan saya berbentuk seperti buah epal.

baunya wangi. tak seperti saya yang berbau seperti roti atau kadang-kadang berbau seperti cekedis.

gadis bunga pernah hilang semasa dia di tingkatan dua. enam hari orang kampung cari tapi tak juga jumpa-jumpa.

saya pernah menghitung, satu waktu dahulu, gadis besi juga pernah hilang, tapi tiada siapa pun ambil peduli, sehinggalah gadis besi ditemui mati menjadi debu-debu emas. waktu itu semua orang kampung menangis.

akhirnya setelah saya ditimpa hujan juga termengah-mengah menuruni/mendaki gunung, saya terjumpa gadis bunga sedang tidur dalam pasu besar di taman berhampiran lapangan terbang.

saya tanya kenapa dia melarikan diri?

gadis bunga tidak menjawab tapi memandang ke langit. saya turut memandang ke langit. saya nampak matahari senyum menyebakkan lazat rindu.

hari itu, saya terpaksa meninggalkan gadis bunga yang sedang tersenyum gembira di dalam pasu besar dan hari itu juga saya pulang membawa rasa mahu disayangi dan dilindungi. juga.