Gambar ni saya curi dari blog polkadot sufian abas & blog awek-awek luca, kemudian save dan upload di sini.
Kalau seorang lelaki yang sejak dari kecil bercita-cita mahu pasukan negerinya menang dalam Liga Malaysia, saya juga sejak dari kecil ada cita-cita mahu buku sendiri. ok tipu. sejak kecil cuma tahu mahu menjadi ustazah, kemudian nurse, kemudian penyanyi T_T. ok. mungkin semasa remaja baru ada cita-cita tentang buku, rumah, kedai kek, nama bayi dll.
Maka saya mahu ucap terima kasih pada sufian abas, luca, model-model, tukang ambil gambar, pereka kulit buku, pemilik komputer, tukang edit, tukang cetak, tukang susun dan pada semua yang telah bersusah payah sehingga berpeluh untuk buku ini. maceh ya!
p/s: I'Allah tiga (3) buah buku akan dihadiahkan kepada pemenang contest mari bercerita sebagai hadiah tambahan.
