Thursday, December 23, 2010

pemenang contest: mencari matahari yang sedang hilang part 3 - cerita 1

* Cerita-cerita daripada pemenang telah dipilih secara rawak untuk diletakkan dalam entry kali ini, nukilan anony (dia mahu namanya dirahsiakan) telah dipilih untuk cerita 1. selamat membaca :)

malam itu sejuk. mungkin kerana hujan. mungkin juga kerana dia kehujanan mengutip lukisan lukisan bersama perempuan itu.

mata tak mahu tidur. tapi dia masih cuba memaksa mata untuk tidur. ditutup rapat rapat. hairan. masih tak mahu tidur walaupun waktu malam itu adalah waktu yang enak untuk tidur. sejuk. dibaluti selimut tebal. bilik yang gelap.

dia kemudian sedar bahawa kehilangan matahari dan misi membawa pulang esok hari itulah yang menghapuskan perasaan ingin tidur.

dia ingin bawa pulang matahari.

supaya dapat menggembirakan emak semula dan menjemur kain juga baju seperti selalu.

supaya ayam jantan berkokok mengejutkan saya bangun untuk ke sekolah seperti selalu.

supaya pelangi dapat menemani saya semasa hujan rintik turun.

****

tak tahu bila dia terlena. tapi bila terjaga matahari masih sembunyi lagi. dia tak mahu berlengah lagi. terus dia turun dari katil membawa lukisan anak sungai yang airnya berkilat kilat dipancar terik matahari.

dia menuju ke kotak jarum dan benang emak. dia senyum lega. serbuk serbuk berwarna emas dalam uncang kecil masih ada lagi. dia percaya itu adalah serbuk magis yang dapat membawa kembali matahari yang terperangkap seperti dalam lukisan itu.

hujan masih rintik rintik di luar. tapi dia nekad mahu pergi juga. dia percaya anak sungai di pinggir bandar mendung itulah tempat matahari terperangkap. dia berjanji dalam diri dia akan rajin tolong emak sidai kain dan baju yang telah emak basuh.

dia sampai di anak sungai di pinggir bandar mendung itu dan terus masuk ke dalam anak sungai separas lututnya. lukisan anak sungai dicampak ke tepi. hujan bukan sekadar rintik rintik lagi. dia masih belum sedar air semakin laju. dia terus mengalihkan batu batu berat, kayu kayu sebesar lengan emak dan sampah sarap yang dibuang pekerja kolar putih.

seketika kemudian dia ternampak seakan akan ada kilauan yang bersinar di celah selah plastik air bertali merah. dengan keyakinan itulah matahari yang dicari cari. matahari terperangkap pada plastik air bertali merah dan batu batu besar lalu tak dapat mencerahkan hari hari yang mendung. dia berjanji dalam diri dia akan rajin tolong emak sidai kain dan baju yang telah emak basuh.

segera dia berlari meredah sungai yang deras sambil tangannya mengeluarkan serbuk berwarna emas untuk ditaburkan pada matahari supaya dia dapat terbang naik ke awan. dia yakin tangannya sudah pun menyentuh dan menarik tali merah pada plastik air yang memerangkap matahari, pada waktu itulah air menderu menolaknya jatuh ke dalam sungai.

dia tidak dapat bangun semula kerana air terlalu deras dan dia tak tahu berenang. kalaulah dia ikut kawan kawan berenang dari dulu. kalaulah dia tahu berenang dari dulu. sudah tentu dia dapat membawa pulang matahari. tapi sekarang dia merelakan air sungai yang deras menghanyutkan dia dan hatinya yang kecewa.

kalau dia dapat bawa pulang matahari, dia berjanji dalam diri dia akan rajin tolong emak sidai kain dan baju yang emak basuh.

******

dia terdengar ayam jantan berkokok. matanya berat untuk dibuka. tapi bila ternampak cahaya terang, dia segera bangun. dan menuju ke tingkap. dan dua saat kemudian dia melompat kegirangan.

'yay! matahari dah keluar! boleh main dengan leha. kita cuti hari ni. leha pun cuti hari ni!'

kemudian emak muncul entah dari mana,'hah! tak usah nak main main, tolong emak sidai kain baju kejap lagi. jemur tilam sekali. siapa ajar kamu tidur dengan baju basah? nasib baik tak demam.'

dia diam. muka mencuka.

'sudah! pergi mandi cepat. mak nak basuh baju kamu tu. kalau abah tahu kamu main hujan semalam, tentu kamu dah kena sesah. kamu tahu?'

dia monyok. muncung dia sudah boleh dibuat penyangkut baju.

tapi. cepat cepat dia senyum semula. dia dah berjaya bawa matahari pulang. dia senyum sampai ke telinga.

Sunday, December 19, 2010

kepada pemenang, sila tengok peti surat

Alhamdulillah. dah pos dah. besok lusa boleh jenguk peti surat rumah masing-masing.

Wednesday, December 15, 2010

kepada pemenang, sila tengok email

No top up dah dihantar. if ada masalah contohnya tiba-tiba tak cukup nombor atau tulisan terkelabu, sila maklumkan. hoho. lega satu perkara. buku belum dapat hantar lagi. i'Allah minggu depan. sori sori.

Tuesday, December 14, 2010

looser

Mesti bukan semua orang itu looser. dia pun bukannya mahu jadi looser. berdiri dengan segelas air milo di tepi dinding yang ada lampu bzzt bzzt bzzt macam nak habis karan bertulis perkataan 'looser' jenis tulisan bersambung senget-senget, bukannya sedap.

tapi akhirnya dia jadi looser juga. berdiri dengan segelas air limau suam di tepi dinding yang ada lampu bzzt bzzt bzzt macam nak habis karan bertulis perkataan 'looser' dalam huruf bersambung senget-senget, memang tak sedap.

dia mahu lari. lari setempat sebab dia tidak dapat berfikir.

Sunday, December 5, 2010

Ya tarikhnya sudah tutup. dengan rendah hati mahu umum pemenang

Salam,

Seperti yang dijanjikan, tiga (3) orang pemenang telah dilipilih sebagai juara. TAPI oleh kerana saya baik hati, saya berikan kemenangan kepada lima (5) orang pemenang.

Apapun terima kasih pada yang menghantar penyertaan. saya suka semua cerita :') kalau boleh nak bagi hadiah pada semua tapi apakandaya saya kan. hoho.

Tahniah kepada:-

* Anony (dia mahu identiti dirahsiakan, jadi tiada pautan blog)
* Amadkhir (harap-harap betul ini blognya)

Saya akan email kan awak semua dan sila beritahu rangkaian telefon awak samada meksis, selkom, diji atau yu mobile untuk saya emailkan no top up bernilai RM20 tiap seorang seperti yang telah dijanjikan.

Buku akan dipos dalam minggu ini seandainya rajin, seandainya malas atau tiada masa waktu rehat untuk keluar sebab mengambil keputusan untuk merayap di mall, maka akan dipos pada minggu berikutnya.

Saya akan siarkan cerita-cerita tersebut secara berperingkat-peringkat.

Maceh dan tahniah semua!!