Friday, April 29, 2011

makan seperti kucing dan menjilat pinggan selepas makan sehingga berkilat

Tajuk mesti panjang. benci betul. selalu cuma ada idea untuk tulis tajuk tapi bukan cerita. tulis tajuk seperti di atas kerana sekarang sudah gemuk dan tadi telah terindu-rindu zaman kenit-kenit dulu kemudian teringat yang saya pernah patahkan lidi penyapu untuk membuat chopstik. makan bihun bersama adik dengan chopstik yang diperbuat daripada lidi penyapu bahagian pemegang. sedapnya luar biasa. dulu lah. sekarang tidak. sudah reti fikirkan tentang kuman dan tahi cicak kan.

oh bukan lagi tentang tajuk di atas.

oh ya. saya pun tak faham kenapa saya suka tulis tentang masa kenit atau menggunakan ia sebagai satu metafora. mungkin sebab walaupun sudah menjadi makcik, saya masih minat mengenakan baju tidur yang ada poket berbentuk muka arnab di perut. macam poket kanggaru. kerana boleh letak telefon bimbit atau remote astro. oh seorang lagi kawan saya juga ada baju tidur poket muka beruang. maka rasa normal.

oh. belum kembali kepada tajuk. memang betul lah saya selalu terpesong. oh ya, saya pernah terpesong dalam subjek karangan bahasa arab masa sekolah dulu. saya rasa saya ada terlalu banyak idea sehingga kadang-kadang boleh hilang ingatan untuk jangka masa pendek dan puff!! semua idea itu turut hilang secara kekal. kemudian, idea yang baru telah datang. oleh kerana lupa tentang idea asal, terus terpesong. ok lah. itu cuma alasan. padahal kerana terlalu teruja, maka tersalah faham soalan T_T

rasa macam tak sanggup pula nak cerita tentang hobi suka makan nasi seperti kucing makan - nasi putih gaul dengan perca ikan goreng dan minum susu dalam mangkuk macam cara kucing minum. eh dah tercerita sikit rupanya. seterusnya tak perlulah cerita kerana selepas makan atau minum seperti kucing, mesti menangis sebab kena cubit. sakit gila.

Wednesday, April 6, 2011

berpijak di bumi yang nyata

Kerana mahu menjadi burung, kakak selalu pesan, "berpijaklah di bumi yang nyata,". kemudian dia terbayangkan kehidupan di tepi sawah padi. digigit lintah, kulit betis bersisik dan makan nasi dengan ikan keli cicah sambal lada. itulah bumi yang nyata.

"aku mahu jadi orang bandar,". dia menjawab. dan terbayang orang bandar boleh menjadi burung apabila naik kapal terbang. matanya berkelip-kelip dalam samar cahaya pelita. bumi yang nyata memang nampak gelapnya, terbau bacinnya, berasa laparnya, dan terasa payahnya.

memang begitulah. biasanya manis dan indah itu cuma di ingatan. juga khayalan.

macam biasa. curi.