Friday, September 30, 2011

terasa macam di luar negara tanpa sebarang kos

waktu lepas hujan. langit warna kelabu muda. awan ada sikit-sikit.

tengoklah ke langit. lama sikit. khayal lah negara mana mahu pergi. contohnya ireland tempat tinggal shane westlife.

tak lama lepas tu, mesti kita rasa macam dah di ireland. cuma tak ada shane westlife.

itulah yang saya buat masa rindukan shane westlife. dululah kan.

Tuesday, September 20, 2011

kambing ayah

Ayah ada kambing.

ayah mahu jual kambing. tapi ayah penat. ayah tertidur.

besoknya ayah jenguk tempat kambing tidur, tengok ada bayi kambing dua ekor. baru beranak.

ayah tak perasan pun selama ni kambing dia mengandung.

lepas tu semestinya tak jadi nak jual kambing.

Sunday, September 18, 2011

skodeng

Dia bukannya suka mengintai pun.

tapi sekali itu dia saja-saja mahu bergurau jadi dia pergi mengintai, tiba-tiba dia rasa mahu menangis. rasa belas. rasa kasihan. rasa sayang yang semakin bertambah-tambah. rasa syukur yang terlalu banyak.

dia terus pergi menangis.

*cubalah intai apa yang mak kita buat pagi-pagi hari kat dapur atau apa yang ayah kita buat kat laman rumah petang-petang lepas penat balik kerja. syahdu wa cakap lu. salah satu cara untuk belajar menghargai :)

Wednesday, September 7, 2011

lampu seperti pencolek madu milik pooh

Kadang-kadang dia masuk perkarangan rumah ketika waktu sudah hampir maghrib. lampu seperti pencolek madu milik pooh telah terpasang. dia selalu terbayang madu meleleh-leleh menitik dari lampu seperti pencolek madu milik pooh. lepas tu, pasti teringat-ingat cornflakes madu yang dia telah buat dan masih ada banyak di dalam balang plastik. sedapnya walaupun terlebih manis sebab tertuang extra gula perang.

~ mood raya. sekarang juga rindu pada biskut raya di rumah. balik nanti boleh makan depan tivi.