Monday, January 30, 2012

Dia bukan kedekut


Dia bukan kedekut. tapi jimat. ye lah. nak dapat duit poket bukannya mudah. apatah lagi nak dapatkan makanan kegemaran. kalau sekali dapat, dia gigit sikit-sikit bagi lambat habis.  ya. sekali lagi, dia bukan kedekut. tapi jimat. sebab sayang sangat. nanti tempoh penghayatan terhadap makanan itu akan menjadi lebih lama. lebih seronok. lebih panjang masa untuk teruja. dan kalau boleh, dia memang tak mahu berkongsi dengan sesiapa. sekali lagi, dia bukan kedekut. dia bukan kedekut. dia bukan kedekut.

Tapi.. satu hari itu dia tidak tahu kenapa. Dia rasa sanggup untuk memberikan kesemua baki makanan yang dia simpan untuk dimakan akhir sekali kepada seorang yang dia tidak kenali. Bukan kepada budak lelaki wajah seiras dia yang telah melihat dia ketika dia memegang centong plastik sewaktu tengah mandi di depan rumah atuk dulu. Bukan. Bukan. Bukan.

Dia senyum. Berasa sudah perlahan-lahan menjadi anak dara dan hampir muat memakai cincin permata emak. Teringat pula cerita Isabella. Di mana Amy nya ya? Dia senyum malu tersipu-sipu dengan baki makanan masih di tangan.