Dia ada kawan berbulu mata lentik.tak macam bulu mata dia.pendek.lurus.dia tengok mata kawan dia bulat bulat.tapi bukan bulat melampau sampai nak terkeluar biji mata.bulat elok elok.tak rasa takut bila tengok.
Dia ada dengar yang orang berbulu mata lentik ni rambutnya kerinting.tapi bukan ke rambut ikal mayang yang disebut orang selepas alis yang lentik?
Rambut kawan dia yang berbulu mata lentik tu lurus.macam galah.kalau main jalin jalin rambut semalaman pun belum tentu jadi kerinting.
Hairan sebab dia ingatkan orang berbulu mata lentik tu rambut wajib kerinting.rupanya tidak.
Suatu hari, ketika dia terkalut kalut mahu pinjam pen, dan kawan dia yang berbulu mata lentik tu pun terkalut kalut gali beg cari pen sampai terpelanting tuala wanita, terpelanting sama adalah sebuah alat pelik iaitu PENGEPIT BULU MATA.
Pecah rahsia T_T
Friday, May 9, 2014
kawan berbulu mata lentik
Posted by puding roti at 12:51 AM 2 comments
Monday, November 25, 2013
tawaran kek percuma. tarikh tutup esok 27 Nov 2013
boleh cuba mana tahu kot-kot bertuah. baru teringat nak post kat sini. sorry. tak apa. masih ada sehari lagi. tarikh tutup esok, 27/11/2013 pukul 5.30 petang
Posted by puding roti at 6:37 PM 0 comments
Monday, November 18, 2013
Sudin vampire?
Sudin. aku rindu kau, sudin. itu nota dari kawan saya untuk sudin.
Hari tu sudin datang sekolah macam biasa. sikit lewat. tapi sudin pakai bedak tebal. sudin nampak lain. sudin nampak misteri. macam maria kalau jantinya perempuan. saya yakin, cikgu amin mesti tak tanya lagi, "kau mandi tak hari ni sudin?". memang betul. cikgu amin tak tanya sampai habis kelas.
blank.
ok. nampak sangat saya tengah angaukan cerita vampire tu kan? lambat. sebab tak dapat pergi tengok kat wayang yang part 2 punya sebab jaga anak T_T. baru dapat tengok hari sabtu hari tu siap tidurkan anak cepat-cepat nak feeling 100% punya pasal. tq fox hd.
babai. dan maaf. gambar sudin, vampire kacak dan serigala gagah tidak dipakejkan.
Posted by puding roti at 12:39 AM 6 comments
Tuesday, September 3, 2013
bagaimana nak bahagia dan selalu pilih untuk bahagia
padahalkan..dapat berehat di sofa asas dunlop sambil tengok tv ataupun cuma bersembang di meja makan ataupun cuma merayap di giant pun boleh jadi definisi bahagia juga kan? ringkas. sebab kita pilih untuk bahagia.
iyalah. nak bahagia tak perlu duit yang banyak. atau muka yang cantik. tak jadi princess pun layak untuk bahagia juga.
alhamdulillah.
*walaupun ayah dah pergi jauh tinggalkan saya, dan belum habis berasa sedih, tapi saya kena bangkit juga kan untuk gembira dan rasa bahagia walaupun tak sama. sebab bercakap di telefon dengan ayah adalah bahagia. dipujuk ayah lepas kena marah sebab degil adalah bahagia. pergi ke kandang itik dengan ayah adalah bahagia. dapat nasihat dan ayah beri tayar kereta baru juga adalah bahagia. banyaknya rasa bahagia. walaupun lain rasa bahagianya tanpa ayah yang tinggi pedulinya, tapi kena pilih untuk bahagia juga.
Al-fatihah untuk sidinaali bin pah.
Posted by puding roti at 2:24 AM 5 comments
Sunday, June 23, 2013
Debu-debu kasih
Satu hari, dari dalam radio, dia dengar lagu kumpulan Damasutra. Umpama mimpi dalam mimpi. Dia dengan kawan dia dengar sama-sama. Kemudian dia bersuara memberitahu yang dia meminati penyanyi kumpulan Damasutra tersebut yang bernama Beego. Kawan dia balas yang penyanyi kumpulan Damasutra namnya Bagio bukannya Beego. Dia rasa malu dan mengakui bahawasanya kawannya itu berpengetahuan tinggi dalam bidang hiburan. Boleh masuk pop kuiz.
Kemudian dia sambung lagi yang dia sukakan lakonan Bagio kumpulan Damasutra ketika berlakon dengan Aida Aris dalam cerita ‘Debu-debu kasih’. Kemudian dia terbayang poster filem ‘Debu-debu kasih’ yang Bagio Damasutra dukung Aida Aris di tempat air terjun. Kawan dia membalas lagi, yang berlakon dalam filem ‘Debu-debu kasih’ tu Sham Visa bukan Beego Damasutra.
Sungguh. Dia rasa malu dan dia rasa kawan dia layak masuk pop kuiz boleh jumpa aznil dan rina khan.
Dan entah kenapa ketika entry ini ditaip, dia terngiang-ngiang lagu cerita kepolisan yusuf haslam, ‘Debu-debu kuala lumpur’ yang ditukar menjadi ‘debu-debu kuala kerai’yang dinyanyikan oleh seseorang sebab adik dia adalah seorang polis di kuala krai sekarang ini.
*poster filem 'debu-debu kasih' tidak dapat diletakkan di sini sebab macam malu la poster tu haha
Posted by puding roti at 8:12 PM 8 comments
Tuesday, April 9, 2013
Kacang pelik tapi sedap betul
botol aje dah comei dah. 28 hengget
bila tengok memang pelik. atau saya yang terpinggir dari arus perdana?
sedap ke?
sedap woh..huu..tadi pagi sebelum gi keja sempat ambil empat keping bungkus dalam tisu, bila nak makan dalam keta, tisu melekat pada kacang. melekat banyak. sambil drive sambil buang tisu. yang bawah sekali memang tak boleh diselamatkan. tapi ada juga saya termakan tisu. sikit. ok aje rasa tisu tu.
Posted by puding roti at 9:54 PM 6 comments
Monday, April 8, 2013
kawan dia beritahu, persetankan!
kawan dia beritahu, persetankan! dengan muka penuh semangat
ya. belajar untuk redha. itu pesan emak dengan wajah lembut seorang ibu
tengok la dulu
Posted by puding roti at 9:59 PM 6 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)