Wednesday, August 12, 2009

tinggi melangut

Dia tinggi.
selalu kena tunduk bila masuk tempat rendah.
selalu terhantuk kepala dalam bas.
selalu kena duduk paling belakang dalam barisan.
selalu orang ingat sudah umur dua puluh tahun padahal baru tingkatan dua.
selalu kena bongkokkan badan masa bergambar dgn rakan sebaya.
selalu rasa macam gergasi atau giant kawan nobita.

dia rendah diri.
dia ingatkan dia cacat sebab tinggi.

Saturday, August 8, 2009

bersihkan telinga

Paha kakak nanako nampak berkilat seperti berlian yang ditabur ke atas kulit paha kakak nanako.
"Syukurnya saya dilahirkan ke dunia ini,". budak lelaki berbaju merah berlari dalam gerak perlahan tidak sabar-sabar mahu melabuhkan kepala di paha kakak nanako untuk dibersihkan telinga.
uwa--uwa..
tiba-tiba adik perempuan kepada budak lelaki berbaju merah merengek kelaparan.
budak lelaki berbaju merah tertumus ke lantai.
bukan di atas paha kakak nanako yang berkilat-kilat seperti berlian.
budak lelaki berbaju merah dipalu sedih
*shinchan sekarang