Dia gadis kenit yang pemalu. sebab dia rasa dia comot. kadang-kadang sebab dia rasa dia tak macam orang lain. yang ada telepon genggam dan ada kawan-kawan perempuan yang reti pakai seluar jeans.
setiap hari dia pergi kuliah dengan bekal roti sapu jem stoberi. dua set. kadang-kadang sapu jem bluberi. roti itu untuk makan tengah hari. kononnya berjimat. maka setiap kali buka beg untuk ambil pensel, pen atau buku tulis, rakan sebelah pasti tercium bau roti dari beg dia. sebab itu dia cepat-cepat tutup beg dan buat-buat menghidu ke arah rakan sebelah.
waktu rehat tengahari, dia cuma makan roti di tangga masjid. sesekali kembang kempis hidung apabila terbau ayam goreng siswi lain yang sedang makan di tengah ruang atas masjid.
dia tidak akan makan di cafe. dia malu. jadi, sekali itu oleh kerana telah jemu makan roti sebagai makanan tengahari, dia bungkus nasi kemudian makan dalam masjid di kawasan ramai siswi berehat. waktu itu, baru dia berasa normal kerana tidak perlu makan roti sebagai menu makan tengahari.
enak makan beberapa suap nasi, dia lihat anak kucing yang sangat kasihan. dia cobek lauk ayam goreng dan hulur sedikit untuk anak kucing.
tapi anak kucing tamak.
anak kucing cepat-cepat berlari kemudian masuk dalam polisterin berisi nasi juga lauk ayam yang dia letak depan tempat dia bersila dan melarikan ayam goreng dia dengan bersungguh-sungguh walaupun ayam goreng itu kelihatan sungguh berat untuk anak kucing itu heret. ya! oleh kerana kaget, dia tidak sempat untuk mempertahankan nasi dalam polisterin apatah lagi ayam goreng.

dia sedih dan masih kelaparan. maka saat itu, dia rindu mahu makan roti sapu jem stoberi. dua set.