Tuesday, March 20, 2012

bila rishi kapoor bertanya

Rishi Kapoor yang rambutnya kerinting berwarna perang bila kena cahaya matahari telah bertanya sesuatu kepada mak dia, "mak, mak, baby keluar ikut mana?"

mak dia jawab dengan tenang, "baby keluar ikut pusat,"

Monday, March 5, 2012

Hujan yang turun waktu petang

Kalau hujan turun waktu petang, dia pulang dari mengaji dengan gembira kerana boleh mandi hujan sambil berjalan. dia berdoa supaya hujan lambat berhenti sebab rumahnya jauh lagi. dekat dua puluh minit dari tempat mengaji. tapi biasanya bila dia mahu mengambil kesempatan mandi hujan kononnya tanpa sengaja, hujan lebat pula turun tak lama. separuh jalan, hujan sudah berhenti. dia sampai ke rumah dengan baju, jilbab, dan beg mengaji yang basah juga. dimarah sama juga biarpun mandi hujannya cuma sedikit. tidak sengaja kononya dan tidak berbaloi sedikit pun.

gambar curi dari google