Tuesday, December 25, 2012

kek potong lapan puluh sen

Masa rehat hari itu dia dan kawan dia yang pakai tudung kelepit ala-ala empat segi tepat telah berlari ke kedai kek family di jalan besar. jarak kedai kek family dari sekolah dia lebih 2 kilometer. kenapa dia berlari? sebabnya jauh. masa rehat cuma sejam. jadi mahu cepat masa, dia dengan kawan dia berlari ke kedai kek family.

punya lah jauh. berlecak ketiak walaupun waktu tu ketiak dia belum tumbuh rambut yang macam bulu dada pelakon hindustan (eh? dah tumbuh kot. berbulu juga dia ya).

sampai di kedai kek family, dia dengan kawan dia tercungap-cungap depan peti kek dengan muka merah mata penuh berharap kalau dapat air masak segalas alangkah sedapnya. dia terbayang semasa dia bermain lumba lari jarak jauh dengan kawan sekampung, bila penat, dia ketuk rumah kawan dia yang tengah tengok tivi, kemudian tanpa segan silu minta segelas air kerana dahaga. oh kalaulah boleh minta air segelas dari taukeh kedai kek family...

dia dengan kawan dia seronok tengok kek kenit-kenit dalam peti ais. bila buka peti mahu ambil kek, waaahh sejuknya peti sejuk! seronok macam masuk dalam iglu.

dia kemudiannya beli sepotong kek empat segi panjang berharga RM0.80. cukup mahal dah untuk dia. itupun berapa hari dia simpan duit. kawan dia beli dua potong kek empat segi panjang. wah hebatnya! mata dia bulat. bangga juga ada.

dia dan kawan dia balik ke sekolah semula. kadang-kadang berjalan, kadang-kadang berlari. kalau melintas di traffic light, dia berjalan sebab malu ada abang atas motor tengah tengok dia sambil tunggu lampu isyarat bertukar hijau (padahal tiada siapa pandang. kot).

sampailah dia dan kawan dia di sekolah. kek disimpan di dalam laci. dia bungkus kek dia dengan plastik kemas-kemas. sekejap-sekejap dia buka plastik tengok kek dia. tercomot sikit aje sebab berlari tadi kek terhayun sikit.

tapi kan petang-petang sikit, dia dengar kawan dia macam nak menangis. dia pergi dekat kawan dia. kawan dia tunjuk kek dua potong yang dia beli tadi dah kena hurung dengan semut. tak banyak pun. tak sampai kot sepuluh ekor.

kawan dia beritahu mahu buang kek tu. dia tak mahu jadi bodoh makan semut.

dia rasa sayang sungguh. sayang sungguh. sebelum kawan dia buang, dia beritahu kawan dia, "jual pada aku. sayang kalau buang,".

kawan dia jual separuh harga. hutang. dia berhutang demi dua potong kek yang bersemut. dia cuit-cuit krim kek yang ada semut sebab nak buang semut. kek comot tapi semut dah tak ada. dah tak bodoh lagi kalau makan kek tu.

dia gembira bawa pulang tiga potong kek. begitu banyak dan begitu besar nilainya pada dia. dia sungguh gembira tak terhingga.

*uih kenapa rasa macam karangan budak darjah satu? hahahahahaha!!

*gambar curi*
ala-ala cenggini la kek tersebut. plastik wrap dia pun sudah kelihatan sedap

0 comments: