Dulu dia ingat hidup ini mudah saja. asalkan tidak yakyak sembelit ataupun dikejar lembu ataupun mimpi hantu, semuanya rasa smooth dan happy aje tanpa rasa cemas atau bimbang. oh mungkin ketika jari emak digigit ketam dan ketika cincin emak hilang agak membimbangkan situasinya sehinggalah makcik sebelah rumah membantu emak yang disepit ketam dan ayah berjaya menemui semula cincin emak di dalam bilik mandi.
dulu, di dalam buku biodata mesti dia ada terbaca kawan-kawan lain tulis, "semoga berjaya di dalam semua bidang yang diceburi" ataupun "semoga berjaya di dalam kerjaya". kadang-kadang dia ciplak juga ayat tersebut untuk ditulis di dalam buku autograf orang lain tanpa terfikir yang bukannya mudah untuk berjaya rupanya. apatah lagi di dalam semua bidang yang diceburi.
dulu, dia pernah bercita-cita untuk menjadi jururawat. sebab apa dia pun tak tahu. mungkin cuma ikut cita-cita kawan. selepas itu, dia mahu jadi penyanyi sebab dia perasan suara dia bergema dengan merdunya ketika dia menyanyi sambil mandi di dalam bilik mandi. kemudian dia pernah mahu menjadi ustazah sehinggalah cita-cita itu hanyut perlahan-lahan menjadikan dia seorang yang membesar dengan hanya bercita-cita untuk menjadi surirumah.
dan sejak dia dapat masuk U tanpa bercita-cita untuk masuk U, dia percaya pada tuah dan dia ingat, ungkapan "semoga berjaya di dalam semua bidang yang diceburi" ataupun "semoga berjaya di dalam kerjaya" akan menjadi kenyataan kepada semua orang secara automatik tidak kira sesiapa pun.
tapi rupanya ianya tak semudah itu. selain daripada rezeki dan tuah, ianya memerlukan usaha yang menimbun, otak yang cerdas dan passion yang tinggi.
baru dia sedar, nak berjaya di dalam kerjaya apatah lagi di dalam semua bidang yang diceburi bukannya mudah. ianya bukan automatik.
*curik dari google*
4 comments:
ah~ comelnya budak tu. rasa mahu gigit kaki. nommnomm~
betul tu awak. kejayaan sebenar tak datang bergolek. terkadang kita gigih berusaha, tapi hasil tidak seperti yg kita harap. jangan sedih, kawan. mungkin Allah dah tetapkan sesuatu yg lebih baik. senyum.
tersangatlah betulnya
gadis kacamata,
betul tu wani. ayh selalu beritahu semasa sy kuat belajar dulu, ayah beritahu sy, apapun keputusan periksa, ayah tak kisah mana sebab ayh dh tgk sebanyak mn sy dh berusaha
hara,
*angguk2*
gambar tu nampak mcm zahra anak aida dgn rambut jemput2nya
dont giveup my fren
Post a Comment