Stokin bola ayah panjang sampai betis dekat lutut bila ayah pakai. bila adik dia pakai, sah-sah sampai atas paha. siap boleh lipat lagi. kalau dia pakai pula memang sedang elok sampai paha. mulalah dia feeling-feeling ala-ala artis dalam tivi yang pakai skirt pendek dengan sarung kaki yang nampak macam kaki gebu. lainlah kalau sarung kaki tu warna hitam, memang bukan nampak macam kulit kaki.
oh ya, stokin ayah warna coklat muda. nampak macam warna kulit. lagi sedap berangan itu adalah macam kulit kaki gebu selepas memakai stokin bola ayah yang ala-ala sarung kaki macam artis dalam tivi.
dia tak ingat sangat tentang stokin bola ayah selain daripada ayah sakit lutut kerana main bola menyebabkan stokin bola ayah tersadai dan dia juga adik yang telah lama terliur dengan stokin tersebut telah menggunakannya untuk tujuan yang meragukan.
dia pakaikan stokin pada adik. kemudian dia pakaikan kain baju kurung, naikkan getah kain sampai ke dada. lipat-lipat getah kain bagi lagi singkat. biar nampak paha. konon fesyen berkemban. pakaikan rantai hasil tikam-tikam di kedai. pakaikan bedak debu pada muka adik. pakaikan lipstik yang kawan mak pernah beri. kemudian pinjam tas tangan tak berjenama emak, sangkut pada tangan adik.
betapa bangga dia rasa sebab telah berjaya makeover seorang adik comot suka gali tanah dengan tangan yang telanjang menjadi gadis comel seksi layak pergi majlis makan malam.
dan adik dia redha saja tak sikitpun bantah.
marah laki aku tak letak stokin MU ni. ah pedulik hahahahaha
3 comments:
oiiii...biru chelsi niii ..haha
hahaha yay!! lariiiiiiiii
Oi apakah? biru chelsea ni? -lelaki sehaluan dengan laki anda-
Post a Comment