Wednesday, September 16, 2009

air rozell dalam gelas plastik ada tangkai

Belakang rumah ada pokok rozell. tapi dia panggil pokok ribena. kadang-kadang dia kutip buah rozell kemudian minta ibu rebus buat air. dia suka air rozell sebab air rozell ada unsur warna ungu walaupun jelas sekali air rozell berwarna merun merah pekat atau merah hampir ke hitam-hitam kalau sedang berada di dalam periuk.
biasanya, selepas ibu masak air rozell siap dengan gula, dia akan letak dalam gelas plastik ada tangkai kemudian letak dalam peti ais.
balik bemain, dia terus buka peti ais dan teguk air rozell yang sejuk sedap sampai rasa mahu terbang ke atap dapur.
satu hari, balik bermain sampai berpeluh-peluh badan, dia tak sabar mahu minum air rozell dalam gelas plastik ada tangkai.
tapi abang besar sedang berdiri depan pintu peti ais. dengan air rozell dalam gelas plastik ada tangkai.
dia tiba-tiba jadi tak keruan.
"kau minum sikit je," dia pegang air rozell dalam gelas plastik ada tangkai yang kejap di tangan abang besar sambil berangan-angan akan dapat minum 3/4 daripada air rozell dalam gelas plastik ada tangkai. maka dia jadi kurang sabar.
tapi, sebelum abang besar minum air rozell dalam gelas plastik ada tangkai, abang besar telah menjilat sekeliling mulut gelas plastik ada tangkai sambil menyeringai.
"jijik!" dia berlari naik atas rumah ke bilik kemudian menangis di celah pintu. dia terlalu dahagakan air rozell dalam gelas plastik ada tangkai yang dari semalam disimpan di dalam peti ais.

7 comments:

yg_indah said...

mai sini,sy ada rozel kering,amik dr pkok2 dpn rumah.

puding roti said...

ayem kambeng..ayem kambeng (kita dtg ni..)

yg_indah said...

hahahah tak aci la bawak geng

puding roti said...

ehh..biasalah. byk sket buleh kutip. hurey!

wokey. selamat hari raya ;)

Aizuddin Jaafar said...

meh pegi cari di kedai tauke lim. kongsi ramai2. jgn lupa bawa gelas plastik yg ada tangkai

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidifitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.com . Berhati-hati di jalan raya.

p/s: Kami ingin menjemput anda semua menyertai komuniti blogger kami di Malaysian Blogger Community

Indrasakty said...

Nak pergi raya rumah dia. Mintak alamat.