Monday, October 12, 2009

ketika mahu menggatal dengan kakak nanako

Budak lelaki renek berbaju merah termalu-malu dengan pipi gempal pink-pink sambil matanya yang seperti biji guli berblink-blink memancarkan bintang apabila melihat Ohara Nanako berada di pintu rumah bersama sebungkus wagashi.
Budak lelaki renek berbaju merah itu tak tentu arah. Dia jadi tamak secara tiba-tiba.
Teruja sungguh mahu menggatal dengan Kakak Nanako!

Adakah mahu berbaring di atas paha Kakak Nanako yang berkilat-kilat seperti berlian?
Adakah mahu main korek-korek telinga tanpa mengeluarkan tahi telinga dengan Kakak Nanako?
Adakah mahu disuap wagashi oleh Kakak Nanako bersama ciuman terbang di pipi atau bahu?
Tapi Kakak Nanako terus pulang ke rumah selepas menghantar sebungkus wagashi.

~Angin petang bertiup membawa beberapa keping daun kering. Terbang terus bersama kegalauan hati hingga sampai ke Kampung Kumamoto berhampiran rumah atuk.

7 comments:

yg_indah said...

budak lelaki renek?hahahah kesian dia, angannya tak kesampaian.nanti sudah besar dia akan jadi seorang yang tabah, kerana kecil2 lagi sudah merasa kekecewaan;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe~

dan kanak2 umur 5 tahun itu sangat suka dengan aksi berguling yang tidak terkawal~

=)

dan awas, jangan sampai dia bermain gajah2~

mugiwara said...

budak lelaki renek.
rasakan!

kakak nanako tak mahu layan kau.

ya, aku lah yang menggoda kakak ohara nanako itu~

[gelak syaithon~]

puding roti said...

yg indah,
budak renek, bertabah! mememe

zara,
ya ya! gajah perlu disorok baik2 ;D

mugi mugi,
owh. kalau begitu, awk lah yg menggatal dgn kakak nanako? tak aci tak aci tak aci...

Aizuddin Jaafar said...

Budak tak hensem. siapa yang nak? Cuba Si Aizuddin. mesti kak nanako tergoda

puding roti said...

tp kdg2 kehemseman kalah juga dgn kecomelan. hik2

kelisa_samudera said...

tapi riwayat budak tu pun dah di persimpangan. takde sape nak sambung cerita dia lepas ni. huhuhu