Sunday, October 25, 2009

roti sapu jem stoberi

Dia gadis kenit yang pemalu. sebab dia rasa dia comot. kadang-kadang sebab dia rasa dia tak macam orang lain. yang ada telepon genggam dan ada kawan-kawan perempuan yang reti pakai seluar jeans.
setiap hari dia pergi kuliah dengan bekal roti sapu jem stoberi. dua set. kadang-kadang sapu jem bluberi. roti itu untuk makan tengah hari. kononnya berjimat. maka setiap kali buka beg untuk ambil pensel, pen atau buku tulis, rakan sebelah pasti tercium bau roti dari beg dia. sebab itu dia cepat-cepat tutup beg dan buat-buat menghidu ke arah rakan sebelah.
waktu rehat tengahari, dia cuma makan roti di tangga masjid. sesekali kembang kempis hidung apabila terbau ayam goreng siswi lain yang sedang makan di tengah ruang atas masjid.
dia tidak akan makan di cafe. dia malu. jadi, sekali itu oleh kerana telah jemu makan roti sebagai makanan tengahari, dia bungkus nasi kemudian makan dalam masjid di kawasan ramai siswi berehat. waktu itu, baru dia berasa normal kerana tidak perlu makan roti sebagai menu makan tengahari.
enak makan beberapa suap nasi, dia lihat anak kucing yang sangat kasihan. dia cobek lauk ayam goreng dan hulur sedikit untuk anak kucing.
tapi anak kucing tamak.
anak kucing cepat-cepat berlari kemudian masuk dalam polisterin berisi nasi juga lauk ayam yang dia letak depan tempat dia bersila dan melarikan ayam goreng dia dengan bersungguh-sungguh walaupun ayam goreng itu kelihatan sungguh berat untuk anak kucing itu heret. ya! oleh kerana kaget, dia tidak sempat untuk mempertahankan nasi dalam polisterin apatah lagi ayam goreng.
dia sedih dan masih kelaparan. maka saat itu, dia rindu mahu makan roti sapu jem stoberi. dua set.

18 comments:

yg_indah said...

hahah xpa nnt dia akan kekenyangan tgok kucg tu makan

Mak Su said...

maksu ada peanut butter, sikit lagi :)

Aizuddin Jaafar said...

Kalau saya. saya amik anak kucing tersebut dan goreng utk bekalan esok harinya

kamen55 said...

gile sedih ...

puding roti said...

yg indah,
ye ke? mcm tak caya ;p

maksu,
blh jgk. sedap tu campur dgn dgn jem stoberi ;)

aizuddin,
awk mkn dl kucing goreng. kalo sedap, bgtau kwn :D

sang kamen,
bukan sedih sgt tp lapaarr..wuwu

. said...

jem stroberi yang ada stroberi ni, cap apa?

puding roti said...

makcik tak pastilah sbb tu gamba curik. heh

Alina said...

kalau nanti singgah pekan frinjan, saya belanja nasi ayam.

puding roti said...

wah..kita suka nasi ayam. weee

Unknown said...

sabar je la ye...

len kali makan nasi ulan je konpem kucing x sambar..

puding roti said...

kucen tu yg salah. sapa suruh bt muka comel sgt?

Anonymous said...

nice writing. mahu lagi.

kelisa_samudera said...

kadang2 benda yang selalu ada pada kita tu lah lebih baik untuk kita sebab kita sudah selesa nak menggunakannya, dari sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ada tapi cuma kadang2 je benda tu ada pada kita.

puding roti said...

i am visitor,
ok, nnti kita suapkan. hee

kelisa,
yah! btl tu. awk mmg memahami ;D

kelisa_samudera said...

saya faham. sebab tu saya setia pada kelisa walaupun hati terdetik untuk bercinta dengan vios. ;)

puding roti said...

hihi. nk bercinta dgn vios tu kena ckp bisik2. takut kelisa majuk kalo terdgr. hik2

Aizuddin Jaafar said...

Oh dah makan dah. Tak sedap. Rasa kucing

puding roti said...

hihi. comei gila