Masa umur tiga tahun, dia rasa tersisih. bila balik kampung, semua saudara mara kerumun adik. dia yang pernah dikerenyek sanak saudara kerana bulat comel satu ketika dahulu sudah tidak dipedulikan lagi. kerana mereka semua sibuk mengerenyek adik yang lebih bulat dan bermata sepet macam anak jepun.
dia dengki. dia mahu tarik perhatian semua orang supaya beralih kepada dia semula.
jadi, satu petang, ketika sanak saudara sedang sibuk dengan urusan masing-masing, dia perlahan-lahan berjalan ke buai adik. dari pandangan atas, dia lihat adik sedang tidur. memang adik sangat comel dengan badan segumpal, pipi dua timbun dan kaki tangan bentuk bulat-bulat.
dia pejam mata kemudian menggigit lengan adik sampai adik tersedar dari tidur dan menangis meraung.
dia cepat-cepat lari dan duduk di ruang tamu. buat-buat macam tak pernah berlaku apa-apa dan biar orang lain beranggapan kucing gigit adik. dan dia senyum membayangkan perhatian yang dia tagih itu, dia akan dapat semula.
tapi mak-mak saudara dia marahkan dia tak sayang adik. ibu pun sama. tak ada perhatian yang dia dapat malah kena cubit.
dia turun dari rumah dan bermain tanah di halaman rumah. seorang diri dengan muka yang sedih.

8 comments:
Alahai~
Dia tersilap langkah~
Harap tidak akan pernah membawa padah lagi~
[semalam kau mungkin jadi perhatian, besok kau mungkin diterlupakan~]
hari ini?
sepatutnya sudah bersedia.
aku memang selalu rasa terpinggir. [sebenarnya meminggirkan diri dari sesak orang ramai]
badan segumpal, pipi dua timbun dan kaki tangan bentuk bulat-bulat.
Itu bukan doraemon yang comel kah?
ZARA,
ya zara. tp yg hairan, dia tak kesal. haha
mugi mugi,
ala cian..kita serupa mugi mugi. mari kita kapel? miahaha. lariiiiiiiiiikkkkkkk
aizuddin,
bkn doraemon sbb tak ada poket kt perut tp gempal lbh kurang lah
meh sini kita manjakan dia
jeles ngan adik yg comel..kesian..
banyak pengajaran ni cerita ni. membuatkan saya terfikir banyak benda. terima kasih kerana mengingatkan.
yg indah,
tak mo lah. malu. miyau
kejora,
nk bt mcm mn, adik comel, dia comot
kelisa,
hihi. btl tu. bagaimana penafsirannya yg tersirat, terpulanglah kpd yg mahu memahami. kan?
Post a Comment