Thursday, October 15, 2009

sepotong kek yang kau mahu makan



Ketika menikmati sepotong kek sederhana manis yang sangat disukai, mungkin kau akan makan perlahan-lahan. biar rasa lemak manis itu merata ke dalam mulut kemudian menelannya dengan berhati-hati. biar kau dapat bayangkan kau sedang terapung-apung dekat dengan atap rumah kemudian salji tiba-tiba turun entah dari mana memberi nyaman. sedapnya!
dalam kebanyakan waktu, bahagian kek yang paling kau suka, akan kau tinggalkan untuk dimakan akhir sekali. dengan tujuan supaya kau dapat menikmatinya bersungguh-sungguh sebelum menjilat piring.
namun kadang-kadang belum sempat kau mahu menikmati bahagian kek yang paling kau suka, emak telah memerintahkan supaya memberi adik makan sama. tiada pilihan, maka kau terpaksa beri bahagian kek yang kau paling suka yang kau tinggalkan untuk dimakan akhir sekali dengan penuh nikmat itu kepada adik. kalau tidak, kau kena cubit dengan emak. atau dituduh kemut, kedekut atau tangkai jering oleh adik.
pernah juga sebelum kau dapat makan bahagian kek yang paling kau suka yang kau tinggalkan untuk makan akhir sekali, kau sudahpun terlalu kenyang. kalau kau makan juga, sudah tidak ada nikmatnya atau paling teruk, kau akan termuntah. jadi, samada kau simpan bahagian kek yang kau paling suka itu ke dalam peti sampai jadi kering atau terbiar di meja sampai naik semut kemudian dibuang emak, itu adalah pilihan kau.
jadi, sekarang ini, dia mengambil keputusan untuk makan bahagian kek yang paling dia suka mula-mula sekali.

6 comments:

yg_indah said...

nak sikit.nak yang mula-mula makan tu i.e yg paling sedap sekali:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehe....
nak kek juga...

=)

Teja Evalea said...

pergh..
terasa penderitaan beliau huhu..
nway plg pedih
te xde msa la skunk nk post entry..
da nk final.. hee
wish me luc k!

Aizuddin Jaafar said...

Makan last-last la baru heaven.
Jadi pastikan perut betul-betul lapar sebelum makan dan tiada kelibat adik atau emak disekitar.

mugiwara said...

makan mula mula
atau makan akhir sekali~

nikmatnya berbeza.

sebab tu,
aku tinggalkan untuk akhir. dan makan tak terlalu kenyang. bagi sikit mana yang tak suka pada orang awal awal.

tapikan. memang kita digalakkan berkorban apa yang kita sangat sayang.....

puding roti said...

yg indah,
ala.. wu wu

zara,
kita blh buatkan ;)

slap me plz,
alalala. gud luck utk final, adik ;D

aizuddin,
mmg heaven. kita ngaku ;)

mugi-mugi,
btl. mak pun beritahu beri pd org apa yg kita plg syg. tp kdg2 apabila kita terlepas semua yg kita syg utk org lain......(tlg sambung)

wuwuwu