Wednesday, February 3, 2010

perempuan kenit, anak cikgu dan gigi yang besar

selalunya tak relevan

"Kenapa gigi kakak macam tu?". anak cikgu mencolek gigi perempuan kenit itu dengan jari telunjuk. kuis-kuis. mujur tiada tahi gigi. kalau tidak, pasti sudah masuk dalam kuku jari telunjuk anak cikgu.

"Tuhan sudah bagi kakak gigi macam gini. gigi ni kuat tau,". perempuan kenit cepat-cepat bawa anak cikgu naik ke darat. cukup-cukuplah main air katanya. sebenarnya perempuan kenit takut sebab dia teringat semasa bermain lompat-lompat dalam air dengan liza dagu.

sewaktu terloncat-loncat dalam air sambil ketawa ternganga mulut, gigi perempuan kenit tersangkut pada dahi liza dagu. sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. masa tu perempuan kenit ingat, dia adalah mangsa keadaan, sebab giginya yang besar itu rasa macam nak tercabut. kepalanya bergegar dan gusinya rasa macam nak gugur.

sewaktu perempuan kenit menggelupur di dalam air dan menunjukkan aksi paling merana dalam dunia, liza dagu menjerit darah! darah!

dahi liza dagu terkoyak sedikit tapi keluar darah banyak juga.

perempuan kenit rasa sangat takut. liza dagu lagilah takut sampai mengigil. entah-entah dah terkencing kau liza dagu!

dan hari itu berlalu dengan rasa bersalah seperti mahu berikan liza dagu baju yang paling perempuan kenit sayang. tapi liza dagu senyum saja. dipaku redha. katanya itu boleh jadi 'tanda kenangan' bila besar nanti.
...

dari jauh, perempuan kenit dapat melihat anak cikgu memanggil-manggil dia untuk sambung bermain di dalam air lagi. mungkin main loncat-loncat. mungkin main terapung-terapung.

tapi. perempuan kenit berasa sudah tidak mahu.

10 comments:

Unknown said...

hahaha.....perempuan kenit....
badannya kenit giginya kapak.....
ciptaan tuhan semuanya indah.....

fatah85 said...

sudah2 la main air perempuan kenit oooiii. :P

Lelaki Autumn said...

kesian. pulak.

puding roti said...

cj. bkn gigi kapak. gigi tukul :)

affah. jom pegi terapung dlm kolam kanak-kanak?

lelaki autumn. kan awk? :D

foto said...

foto 'i can always..' gila kiut.

pix-cha said...

picture 'i can always..' gila kiut.

kudeta said...

picture 'i can always..' kiut. oh hell~ kiut.

Aizuddin Jaafar said...

Comel. Air yang tenang jangan disangka tiada biawak

Dulu kita selalu buka tin minuman berkarbonat dengan gigi.

puding roti said...

kuatnya gigi awk. ayh kita pun pecahkan air batu dgn gigi. gegege

Aizuddin Jaafar said...

Kena selalu training. Makan chewing gum selalu