oh. cuma bayangkan kain tudung berwarna gelap.
Setiap hari lepas balik dari sekolah, dia pergi mengaji di rumah tok guru. tok guru seoang buta. tok guru sudah tua, putih kulitnya dan bergigi cantik.
sebelum pergi mengaji, dia pakai bedak debu di muka. sapu rata-rata nak bagi muka nampak putih. tapi biasanya hasilnya bercapuk-capuk di pipi sebab tangan dia kenit, susah untuk membuat bentuk bulatan di pipi.
satu hari itu, sambil berjalan melepasi kedai ayah wan, dia terperasan yang di tudungnya terlekat debu-debu bedak. bayangkan kain tudung hitam yang dipenuhi debu-debu bedak berwarna putih. bukan sedikit tapi banyak.
walaupun masih kenit, dia tetap berasa malu. jadi dia jilat tapak tangan kemudian sapu pada tudung. ya! kesannya hilang! magik sungguh! walaupun tanpa air mutlak, tudungnya tetap kelihatan suci.
tapi beberapa minit selepas itu, kain tudungnya kelihatan pelik dengan kesan putih-putih sedikit bercampur dengan bentuk-bentuk seperti di atas sarung bantal.
dia berdebar. kemudian sekali lagi menjilat tapak tangan dan menyapu pada kain tudung sekuat hati.
akhirnya dia sampai di tempat mengaji dengan muka yang terasa panas dan pipi kemerah-merahan.
hari itu kakak di tempat mengaji tidak memeluk dia seperti selalu-selalu.
dan dia makan cekedis sendiri-sendiri di celah dinding selepas dia habis mengaji sementara menunggu semua kawan-kawannya pula habis mengaji, membaca doa bersama-sama dan mengutip sampah beramai-ramai sebelum pulang ke rumah.
16 comments:
cepuah..
indah zaman itu...sudah berlalu tp kekal di ingati
Ala comel. Rasa macam nak rendam dalam baldi penuh dengan air sirap.
Awk..menarik..tp sye tak paham apa yg nak disampaikan..ade sambungan ke?
wmsuffian. makcik tak phm amende la cepuah tu
~0~. btl. ada perkara yg kita mahu igt dan ada perkara yang kita lgsg tak mahu igt :)
aizuddin. eh awk. tak baik buli membuli nanti kena buli balik :D
nazz. mcm mn nk bgtau ye. mcm penyelesaian masalah, kesan dan juga akibat. alamak, knp rs mcm terlalu ke arah subjek kemahiran hidup? :P
aku, tak pernah bertudung.
cepuah tu menjadi sbb kenapa kakak di tempat mengaji tidak memeluk dia seperti selalu-selalu...
trs rs nk pakaikn tudung sekolah kt awk skrg jgk. hihi
wm suffian. sy pun dh cr maksud cepuah tu rupanya kelaghin/tidak kemas. wah. bertambah perbendahaan kata saya sebijik hr ni. maceh awk.
kakak tidak peluk sbb tudung comot atau ada bau bucuk mcm air liur basi agaknya. wahahaha
eeeee....tapi budak2 biasala...kgd2 jd comel
hee.ruginya kalo ms kecik2 tak comot
masa lepas ngaji biasanya, aku makan aiskrim asam boi.
eh, sedapnya awk
lepas mengaji berlumba dgn kawan2 sapa sampai rumah dulu..hehehhe...
Kenangan lalu memang saat paling manis untuk dikenang.
=)
comot2 nanti kena rotan bila balik rumah sebab abah kata ni mesti ponteng ngaji nih lepas tu main main belakang wakaf!
Post a Comment