beginilah rupa pakcik tahi mata sebesar lutut ketika muda
pakcik tahi mata sebesar lutut, sekarang. (tahi mata telah dibuang ketika gambar ini diambil)
walaupun berasa menyesal menghabiskan 80% daripada wang simpanan, dia tidak boleh berpatah semula kerana telah menandatangani perjanjian kunci mulut sebentar tadi.
ketika seorang pakcik berpakaian seperti saintis belum mandi pagi datang menghampiri dia, dia memejamkan mata kerana kembang tekak setelah tertengok tahi mata sebesar lutut di mata sepet pakcik itu.
secara tiba-tiba kepalanya disekeh berkali-kali sambil pakcik bertahi mata sebesar lutut itu menyebut, "lupakanlah! lupakanlah! lupakanlah bodoh!".
oleh kerana terkejut dan termeletah, dia tersepak pakcik bertahi mata sebesar lutut ke dinding sampai pengsan. atau mati.
kemudian besok paginya dia bangun terpisat-pisat dengan rasa sejuk di seluruh badan. dia melihat ke luar dan ternampak polis gendut misai berpusing-pusing di sebalik jeriji besi.
