Sunday, May 2, 2010

pakcik bertahi mata sebesar lutut dan perkhidmatan melupuskan ingatan

beginilah rupa pakcik tahi mata sebesar lutut ketika muda

pakcik tahi mata sebesar lutut, sekarang. (tahi mata telah dibuang ketika gambar ini diambil)

Dia bermain-main dengan kuku. walaupun ekon di dalam bilik sempit itu tidaklah sekuat mana tapi dia berasa sejuk benar. terus terbayang mesti terasa panas kalau bukan tengah duduk di atas kerusi besi tapi tengah duduk di atas sofa kain. kemudian duduk berhimpit-himpit pula dengan arjun rampall, matt demon juga fahrin ahmad. bagusnya.

walaupun berasa menyesal menghabiskan 80% daripada wang simpanan, dia tidak boleh berpatah semula kerana telah menandatangani perjanjian kunci mulut sebentar tadi.

ketika seorang pakcik berpakaian seperti saintis belum mandi pagi datang menghampiri dia, dia memejamkan mata kerana kembang tekak setelah tertengok tahi mata sebesar lutut di mata sepet pakcik itu.

secara tiba-tiba kepalanya disekeh berkali-kali sambil pakcik bertahi mata sebesar lutut itu menyebut, "lupakanlah! lupakanlah! lupakanlah bodoh!".

oleh kerana terkejut dan termeletah, dia tersepak pakcik bertahi mata sebesar lutut ke dinding sampai pengsan. atau mati.

kemudian besok paginya dia bangun terpisat-pisat dengan rasa sejuk di seluruh badan. dia melihat ke luar dan ternampak polis gendut misai berpusing-pusing di sebalik jeriji besi.

5 comments:

Nazz@Purple said...

adoi..cite khayalan tul ni..hehehehe.

mr kay said...

kena tag..huhu

puding roti said...

nazz. maklumlh hdp keseorangan. kui kui

mr kay. tak pndai. wuwy

Si Aizuddin said...

Kejam. Pembunuh! Pembunuh! Ombak jahat!

puding roti said...

eh knp comel sgt ni? cuba cek blk pakcik tahi mata besar lutut tu msti idop lg. lemas ngan taik mata je tu. hik2