Dalam gelap guguk malam dia menggagau sinar bintang. tiada. dia berjalan sambil pandang ke langit sehingga ke tiang lampu. dia terberhenti di tiang lampu kerana terhantuk. dahinya sakit. kerana dahinya sakit, dia lihat ke tanah. dan dia ternampak bintang bergolek di tanah dengan cahaya yang berkelip-kelip.
dia senyum. yakin.
tapi malam itu dia keletihan mengejar cahaya bintang yang bergolek di tanah sehingga malam perlahan-lahan menghilang.