Wednesday, August 18, 2010

mencari matahari yang sedang hilang

Dia tinggal di bandar. di dalam rumah kecil di celah bangunan tinggi. beratap bocor dan kadang-kadang berbau seperti kucing. kalau hujan, pasti tiga ke empat besen terpaksa digunakan untuk menadah air hujan. 

di bandar itu selalu mendung. kadang-kadang hujan. dia tidak tahu ke mana perginya matahari yang selalu menggembirakan emak setiap kali selesai membasuh kain juga baju.

tapi dia suka hari mendung yang dikeluhkan semua orang.

ketika semua orang mencari ke mana hilangnya matahari, dia duduk malas di kerusi batu melihat pelukis perempuan melukis bermacam-macam benda. kadang-kadang sebuah pemandangan, kadang-kadang muka orang, kadang-kadang benda pelik seperti sejuring kek yang sedang menggigit sudu.

*maaf. next entry. terbejat

4 comments:

Ju Asu Ra said...

dia suka bersendirian kah?

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

tengkujuh tiba.

Sufian said...

Lepas raya ni boleh jumpa? Nak finalize penerbitan buku...

Sufian

Anonymous said...

waktu mendung best! boleh layan blues hihi~