Wednesday, April 25, 2012

cabutan bertuah

Dia jarang sangat bertuah. tapi satu malam tu, dia bertuah. dapat naik pentas ambil hadiah makanan. tak apalah dapat makanan pun, sedap apa boleh makan.

selain daripada rezeki dari Allah, dia terfikir apa yang buat dia jadi bertuah malam tu. samada dia dapat tiket no 13 ataupun kucing telah makan tiket kenit bertulis nombor cabutan bertuah dia. mujur masa ambil hadiah tu orang atas pentas tak minta tiket nombor cabutan bertuah dia. kalau tak, dia kena pergi cari kucing tu bawa naik pentas sekali sebagai bukti tiket nombor cabutan bertuah tu dah ada dalam perut kucing.

gambar hiasan: muka tak bersalah lepas makan tiket nombor cabutan bertuah penulis

5 comments:

gadis kaca mata said...

oh, gemoknya kucen tu.. tapi comel sampai rasa mahu lempang-lempang...
pang!
pang!
pang!

Zoul said...

Bertuah punya kucing.

Kopirait said...

kucing suka buat onar.
nombor cabutan bertuah pun beliau nak makan. :p

jedi said...

MMG TAK BERTUAH LA...SIAN KUCING TU...AHAHAHAHAH

puding roti said...

gadis kl,
garfield versi koko. sila lempang. lps tu kena gigit. eh comeinya! hihi

zoul,
mmg bertuah punya kucing :)

kopirait,
sy tak pnh sangka kucing mkn kertas. tp lembu ayah makan roti. juga plastik

jedi,
ehh..bertuah..terima kasih pd kucing tu. hihihi