Monday, September 17, 2012

kuala lumpur

Kuala Lumpur. ketika kecil dulu, apabila dengar sahaja nama kuala lumpur, dia terbayangkan lampu yang banyak dan terang. kawannya pula terbayang burung gagak yang banyak. mungkin kawan dia sampai ke kuala lumpur dengan bas ketika waktu maghrib dan burung gagak tengah terbang banyak. mungkin lah. tapi kawan dia comel. sedap naik bas katanya. kemudian kawan dia beritahu, bapa saudaranya bawa naik kapal. bila ditanya kapal di mana? kawan dia tidak tahu. tapi kawan dia gembira dapat bergambar di bangunan Daya Bumi yang ada air pancut dan dia pun dapat merasakan betapa comelnya kenangan kawan dia.

kemudian apabila remaja, dia mula takutkan kuala lumpur. dia fikir, kalau lepas habis sekolah dia pergi ke kuala lumpur mencari kerja, dia takut dia tenggelam di dalam kota kuala lumpur. dia takut dia tidak dapat kerja. kemudian jadi orang gelandangan tidak berumah, berbaju comot dan makan kulit roti yang sudah keras atau berkulat. kemudian malu mahu balik kampung.

oh ketakutan yang streotaip. bosan.

tapi sungguh, dia takut betul. tapi akhirnya datang juga dia ke kuala lumpur dengan status penganggur. berkeliaran mencari kerja. berjimat cermat. dan sedikit lapar (kadang-kadang). tapi syukurlah, dia tidur di dalam rumah yang berbumbung dan beralas toto nipis bersama teddy beruang yang tidak wangi.

sekarang siapa sangka, dia begitu cintakan kuala lumpur (mungkin sebab banyak lampu) yang pernah dia takutkan dulu dan dia juga sayang shopping mall. eh.


5 comments:

Darkkadabra said...

Setiap kali baca entri baru awak, rasa nak menulis datang.

Tapi bila bukak blog sendiri, rasa malas menulis datang.

puding roti said...

haha! sy pn mcm tu jgk..hoo

Anonymous said...

soping mol ialah raksasa yang menggoda kau masuk ke dalam mulutnya dan menyedut duit kau tanpa kau sedar dan kau hanya sedar pabila kau dimuntahkan keluar semula dari mulut raksasa itu.

huh!

puding roti said...

oh mmg lah selalu insaf selepas miskin hoh

Aty Fared said...

saye pernah tinggal kat Kl dari belajar sampai kerje...6-7 tahun gak kot..tapi sekarang tak de feel nak tinggal sane lagi..huhu