Sunday, June 23, 2013

Debu-debu kasih

Satu hari, dari dalam radio, dia dengar lagu kumpulan Damasutra. Umpama mimpi dalam mimpi. Dia dengan kawan dia dengar sama-sama. Kemudian dia bersuara memberitahu yang dia meminati penyanyi kumpulan Damasutra tersebut yang bernama Beego. Kawan dia balas yang penyanyi kumpulan Damasutra namnya Bagio bukannya Beego. Dia rasa malu dan mengakui bahawasanya kawannya itu berpengetahuan tinggi dalam bidang hiburan. Boleh masuk pop kuiz.

Kemudian dia sambung lagi yang dia sukakan lakonan Bagio kumpulan Damasutra ketika berlakon dengan Aida Aris dalam cerita ‘Debu-debu kasih’. Kemudian dia terbayang poster filem ‘Debu-debu kasih’ yang Bagio Damasutra dukung Aida Aris di tempat air terjun. Kawan dia membalas lagi, yang berlakon dalam filem ‘Debu-debu kasih’ tu Sham Visa bukan Beego Damasutra.

Sungguh. Dia rasa malu dan dia rasa kawan dia layak masuk pop kuiz boleh jumpa aznil dan rina khan.

Dan entah kenapa ketika entry ini ditaip, dia terngiang-ngiang lagu cerita kepolisan yusuf haslam, ‘Debu-debu kuala lumpur’ yang ditukar menjadi ‘debu-debu kuala kerai’yang dinyanyikan oleh seseorang sebab adik dia adalah seorang polis di kuala krai sekarang ini.

*poster filem 'debu-debu kasih' tidak dapat diletakkan di sini sebab macam malu la poster tu haha
 


9 comments:

Selamber Rock said...

suci dalam debu ada tak?

hehehe..

saya dah tukar link blog..

http://selamberokes.blogspot.com/

Si Aizuddin said...

Dah gugel dah posternya. Hekhekhek

puding roti said...

selamber rock: br buka. br tahu ngee

aizuddin: lm tak nampak. eh gugel di bulan posa. jgn tgk sgt. kurus pahala posa hehe

c0reng said...

err.. debu-debu kota raya laaaaaaaaaa.. (-_-)"

c0reng said...

:p

puding roti said...

haha ye betul. kami memang sengaja. macam comel je. macam lucu je. itu sebabnya ;p

Anonymous said...

terngiang2 lagu...rooodaaa--roodaaa kualaaa lumpurrrr..hahahahaha

Anonymous said...

hahahahahahahaha.....

puding roti said...

hahahaha br tau mmg salah hahahaha