Dia teringin punya seketul tedi beruang yang namanya sudah difikirkan sejak dia berumur lima tahun-Bobot. Tinggal minta pada omma belikan tedi beruang di kedai besar kemudian berikan nama Bobot.
Dia menunggu sehingga dia berusia enam tahun. Tapi tiada beruang tedi.
Pada hari Sabtu ketika dia berusia enam tahun, dia telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan bawa bola di dalam sudu mengalahkan anak jiran yang mengamuk di tengah permainan, mengalahkan adiknya yang bertanding sambil memakai kain skirt sempit dan mengalahkan anak kawan oppa yang mengelat berjalan sambil gigit sudu tapi pegang bola dengan tangan.
Dan hadiahnya ialah tedi beruang berwarna putih bersama biskut celup coklat. Walaupun bukan warna coklat tua seperti yang diidamkannya, tapi dia menerima Bobot seadanya.
“Kau jangan main dengan tedi beruang. Mama aku kata nanti di akhirat tedi beruang tuntut nyawa. Macam mana kau nak bagi nyawa kau kat tedi beruang? Nyawa kau ada satu je,” Ketty, kawan sekolah tapi duduk kelas paling corot memberi nasihat siap dengan muncung-muncung mulut dan mata terbelalak membuktikan betapa bersungguhnya Ketty berkata-kata pada petang itu.

***
Sebelum maghrib, dia ke belakang rumah Pak Akob taukeh ayam. Dia memeluk Bobot yang belum sampai satu hari duduk bersamanya. Kemudian melihat mata Bobot. Juga leher Bobot yang dipakaikan rantai kucing.
Dalam longkang besar berisi air berwarna hitam pekat dipenuhi bahan-bahan seperti lampin bayi, plastik gelenyar, kulit roti berkulat, seluar dalam saiz gergasi juga span basuh pinggan, dia menenggelamkan Bobot dengan kayu panjang sedepa sambil menangis tersedu-sedu.
“Selamat tinggal Bobot. Maafkan kita. kita sayang Bobot,”. Dia pulang ke rumah membawa sebak dan kasih rindu yang berlonggok-longgok untuk Bobot.
***
Besoknya, Ketty datang pada dia dengan tedi beruang kepam yang berwarna putih kuning-kuning campur tompok coklat muda dengan rantai leher kucing. Menunjuk-nunjuk sambil membelalakkan mata sampai kelihatan tersembul seperti mata katak.
Dia terduduk lesu di atas tahi kambing bulat-bulat yang berterabur di tanah dengan riak wajah paling kesal dalam dunia.
9 comments:
selamat kembali~
jangan sedih.
lepas ini belajar dari kebodohan.
[aku juga mahu begitu. belajar dari kebodohan]
akak kehilangan ke?
Kejamnya ketty. Takpe, nanti saya rendam kan beruang ketty kat dlm longkang lak ye.
percaya pada diri sendiri. tetapkan pendirian. ;)
errmm....kesian....dengki betol si ketty tuh..
sabar je la...huhuhuhu
kesian taik kambing.mesti dah tak bulat jadinya.Kan?;)
erk..boleh plak..nak kena lempang yg hasut tu..hihi
hee...
Post a Comment