Monday, December 28, 2009

gadis pelukis di ladang daisy

Gadis pelukis melukis dengan pensel. dia tidak mewarna.
suatu hari dia ke ladang daisy dengan berjalan kaki. dia mahu melukis bunga daisy.

di sinilah gadis pelukis melukis bunga daisy berwarna hitam juga putih sehingga siap.

dia melihat lukisan bunga daisy sambil meneguk air oren yang dibawanya. hitam dan juga putih. tiada hijau. tiada kuning. tiada biru langit. seperti yang sepatutnya.
air oren yang tertitik dari bibir ke atas kertas lukisan bunga daisy juga kelihatan tidak berwarna. dia menyapu sisa air oren dan kertasnya bengkak. warna hitam pensel merebak sedikit. kemudian dia tekap-tekap dengan kapas muka. lukisan tidak apa-apa. dia lega.
di horizon yang selari, gadis pelukis berjalan pulang bersama lukisan bunga daisy di dalam beg besar. berjalan perlahan-lahan. membiarkan rambutnya dikisar angin sambil melihat langit juga ladang daisy yang hanya kelihatan berwarna hitam juga putih.

4 comments:

Frodo Baggins said...

wah ... menarik ... i wonder .. esok esok gadis tu nak pegi lukis daisy lagi ker tak ...

>>_______<< happy new year

~0~ said...

cantik ladang bunga daisy tue

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

berikan ku sekuntum.
aku mahu berikan pada rerama.

puding roti said...

frodo,
rsnya dtg lg. tp dia buta warna

~0~
i wish to be there :D

affah,
kita blh bg awk satu pasu. bsk tgk dpn pintu. hee