Thursday, December 17, 2009

menyukat ketebalan dengan pembaris pendek

Dulu adik selalu ambil pembaris dan suruh saya dongak. dia mahu ukur ketebalan hidung saya.

biasanya saya akan merengus. malas mahu memberi hidung dan suruh adik pergi main jauh-jauh.
tapi apabila dia mengugut mahu kutis kudis bekas digigit nyamuk di betis saya, saya mengalah.
apabila saya menghulurkan hidung saya dan ketebalan hidung saya yang adik ukur hanya berukuran 6mm berbanding ketebalan hidung adik sendiri yang berukuran lebih daripada itu yang dia sudah ukur tujuh lapan kali semenjak dari pagi, adik meraung dan menggelepar.
adik kata hidungnya tebal. hidung saya nipis.
saya marah adik. sungguh saya tidak faham kenapa adik kisahkan soal ketebalan hidung padahal diri sendiri masih belum reti menocang rambut dengan baik.
yang garis hitam-hitam itu adalah tempat adik mengukur ketebalan hidung.

6 comments:

Akupuntatau said...

=D
comel jek cerita nih...

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam, keluarga auntie semua berhidong tebal..ngeee..kecuali suami berhidung nipis dan mancung.

puding roti said...

akupuntatau,
iye? haha. budak semua comel :D

auntie monroe,
salam. iye auntie? kita igt adik je yg sedar ttg ketebalan hidung. hik2

puding roti said...

ye awk..kita pun tak paham :)

hisham said...

salam ziarah...adik u tu susah nk korek la tu coz tebal..so..u tolong la korekkn...ok.............tk cre

puding roti said...

salam. baiklah. nnti kita tlgkan. hoho