Tuesday, January 19, 2010

tedi beruang pakai seluar trek dan helo kiti yang sudah tua

Di depan pintu rumah yang ternganga, lepas makan nasi lauk kegemarannya iaitu telur goreng mata kerbau cicah kicap, dia tidur siang sambil mengiring. ketika matanya layu terkena angin petang, dia bercakap dengan daun-daun pokok binjai yang bergerak-gerak ditiup angin.

apabila hampir terlena, dia pandang ke dalam rumah dengan senyuman yang malu-malu ketika ternampak tedi beruang pakai seluar trek.

kemudian dia tertidur dan bermimpi berjumpa dengan helo kiti yang sudah tua kemudian dia menangis di dalam mimpi sebanyak dua kali.

dia bangun asar itu dengan badan yang penat dan sisa air mata yang masih bergantungan di tubir mata. tiada tedi beruang pakai seluar trek. tiada helo kiti yang sudah tua.

6 comments:

that'snotmyname said...

hahahah macam kita punya tedi beruang pakai kain batik da lipat kecil2 jadi tebal sampai tedi nampak macam mengandung.

ali aiman said...

kecik-kecik dulu ada stuffed bugs bunny. XD

puding roti said...

uyu. kita pakaikan cawat kat bantal sbb tak ada tedi bear

alay. dah lupa mcm mn bentuk bugs bunny. heh

Unknown said...

aku suke otoman...

puding roti said...

kita dulu pun suka juga. suka bila episod raksaksa baik T_T

Aizuddin Jaafar said...

Comellah. Haha Kamen rider pakai singlet mesti comel kan?