Wednesday, March 24, 2010

atas kerusi batu

kerusi batu

Petang itu sedikit sejuk. angin petang membawa daun-daun kering sampai ke kaki kerusi batu.

dari kerusi batu saya lihat seorang budak setinggi pokok lada menjilat kelima-lima jari kemudian menadah ke langit. selama beberapa saat budak itu melihat telapak tangannya dengan muka berkerut. kemudian budak itu berlari ke arah seorang perempuan yang sedang bermain gelongsor (saya agak itu kakaknya).

meraka saling memberitakan sesuatu (saya tidak dapat agak apa) kemudian kesemua mereka yang sedang bermain di taman permainan itu pulang ke rumah (mungkin) sambil meloncat-loncat.

seketika, saya berasa cemas dan rasa seperti ingin turut serta tapi beberapa saat kemudian saya berasa tidak mahu.

saya tegun di kerusi batu. saya pandang ke langit. mencari awan kalau-kalau muncul yang berbentuk seperti buah stoberi atau seorang bayi.

tiada awan berbentuk stoberi atau bayi.

ketika saya sedang bermenung dan terasa seperti seorang gadis korea-bermata sayu-kalau sesiapa lihat-terasa seperti mahu lindungi saja, saya terdengar bunyi dengusan.

saya pernah dengar lembu mendengus, jadi saya tahu ini bukan lembu.

saya menoleh. di sisi saya adalah seorang lelaki masih berkemeja kerja dan berambut kusut.

lelaki itu bercakap seorang diri tentang kekusahan dan kesedihan kemudian badannya mula menyenget ke arah saya.

saya takut. saya tahu lelaki itu mesti berat berganda-ganda dari saya. saya mahu bangun kemudian melarikan diri tapi belum sempat saya meloncat, lelaki itu menempis saya sampai saya tergolek-golek jatuh ke atas rumput.

saya menangis kerana sakit. saya belek tubuh saya kemudian saya menangis makin kuat. tapi suara saya tenggelam melawan bunyi hujan yang tiba-tiba turun dengan lebatnya.

saya terus menangis di dalam hujan. sungguh, selama ini saya tidak pernah tahu yang saya hanyalah sebuah botol kosong lutsinar berkaca tebal.

"tiba-tiba rasa dahaga air ribena" - penulis.

*idea diperolehi sebab teringat masa sekolah dulu pernah buat cerita 'aku sehelai kertas' dan 'aku sepasang kasut cap unta'

10 comments:

yg_indah said...

boleh siarkan kisah aku sepasang kasut cap unta tu?

Cik hitam said...

hehe.. cute..
dia tak perasan kot dia botol kaca sebab dia tak pernah tgk cermin.. heee XD

puding roti said...

yg indah. kena korek semula awk. hee

cik hitam. tak ada org nk bg pinjam cermin :)

Si Aizuddin said...

Kitar semula please. Jangan tinggalkan botol kaca bersepah-sepah.

Siapa punya angkara ni. Haish

puding roti said...

awk. sy dh agk dh msti awk akan soh resaikel punya. hihi. cerdiknya sy.. :D

Abdul.Fatah.Firdaus (affah) said...

aahhhhhhh. ribena. kau botol ribena ke? ribena sparkling sedap. uh.uh.

KeJoRa said...

sila jaga kebersihan..hehe

jane said...

sayangi alam sekitar moralnya kan?




























ngahahhahaahha

pepunn, nice!

jane said...

hehehheheh cute

puding roti said...

affah. eh awk, hebat la awk sbb kenal tu botol ribena yg dh tertanggal kulit -_-'

kejora & jane. ya. mr kita nyanyi lagu kitar semula