Wednesday, March 17, 2010

cermin abang besar yang...

rupa abang besar bukan macam ni. cermin bang besar pun bukan macam ni. ni cermin jahat ni.


Abang besar beli cermin baru. dia nampak abang besar bawa cermin baru sebesar pemeluk tangan gemuk abang besar dan cepat-cepat abang besar bawa masuk ke dalam bilik.

dia berlari mahu tengok cermin baru abang besar, tapi abang besar sekeh kepala dia sampai dia rasa kepala dia bergegar dan badan dia jadi macam spring kemudian melantun-lantun sambil menangis di atas karpet di ruang tamu.

selepas puas menangis, dia main hayun kaki dengan menggagahkan kedua-dua tangannya pada lengan kerusi rotan. hayun ke depan dan ke belakang dengan sisa air mata yang sudah kering di tubir mata sambil memandang bilik abang besar dengan geram.

lama dia berhayun sampai pergelangan tangannya lenguh. abang besar tak juga keluar. dia putus asa lalu turunkan kaki ke lantai.

tapi dia rasa macam terpijak benda berbulu dan lembut. dia juga terdengar seperti kucing mengiaw. dia pandang lantai. dia terlihat kucing yang abang besar kutip di kedai makan terleper-leper macam katak yang tidur meleper.

dia terkejut. juga takut. takut abang besar marah. sambil melihat pintu bilik abang besar yang tertutup rapat, dia angkat kucing sebab mahu sorok dalam kotak tivi tapi tangan dia rasa basah-basah dan hidung dia kempis-kempis kembang.

dia letakkan kucing dan hidu tangan. bau tahi kucing.

kucing terberak cair dan tak dapat bergerak. cuma berkelip-kelip mata. dia sudah menggigil macam sedang duduk dalam peti ais.

nak tak nak, dia menjerit panggil abang besar, "mokmok (bukan nama sebenar)! kucing terjangkit demam!".

abang besar keluar dari bilik dengan langkah malas. muka boring.

tapi lepas tengok kucing lembik terpenyek dan terberak, abang besar sekeh kepala dia lagi sekali untuk hari itu sampai dia rasa kepala dia bergegar dan badan dia jadi macam spring kemudian melantun-lantun sambil menangis menuju ke bilik abang besar.

abang besar cepat-cepat mengangkat kucing yang macam mahu berak lagi itu  menghala ke luar rumah manakala dia yang masih menangis sikit-sikit telah mengambil kesempatan mencuri-curi masuk ke dalam bilik abang besar.

dan matanya yang separuh sepet serta dipenuhi air mata itu tiba-tiba membulat  basah apabila terlihat cermin baru abang besar sedang mengeluarkan cahaya berwarna biru muda.

dah panjang. kena sambung bila rajin.

10 comments:

Si Aizuddin said...

Comelnya kucing berak kena pijak. Abang besar tak baik sekeh orang tau. Cuba sekeh dia balik

jane said...

4apakah??





























hahahhahahahahahahahah





































knapa msti sedih?


































ngahahhahahaaha~





















tbe2 teringat shrek yg comel itu

Af'fi Sofyan said...

cepat cepat sambung..

tak puas baca. :)

wmsuffian said...

kucing jadi mangsa..huhu

wmsuffian said...

kucing jadi mangsa..huhu

puding roti said...

AIZUDDIN. sapa suruh kucen tu dok kt tgh kerusi? kan dh terpijak

jane. tak tahu la knp sedih. mgkin sbb muka sedih [kening bentuk sedih jd sedih]

affi. blh. nk kena berkhayal dl. hee

wmsuffian. kesian kucen tu terkincit

~0~ said...

misteri crita nie....

puding roti said...

alamak awk, knp sy rs takut? gegege

Cik hitam said...

haaa... cermin tu mesin travel masa depan kan kan ?

puding roti said...

msti sbb awk rs abg besar tu montel mcm doraemon kan kan? :P