Tuesday, March 9, 2010

dia belajar membawa kereta lembu

Dia belajar membawa kereta lembu ketika dia berusia 14 tahun.

dia belajar membawa kereta lembu dengan pak uteh di jalan kampung. paling-paling jauh pun di jalan dekat pekan. biasanya cabarannya cuma budak-budak berhingus yang berlari ke sana ke mari sesedap rasa.

ketika menjalani ujian untuk mendapat lesen, dia disuruh pegawai supaya melalui jalan pekan. di jalan pekan dia bertembung dengan kambing yang sedang berdiri di tengah jalan dan memaksa dia untuk brek mengejut.

dua ekor lembu yang melekat di kereta lembu itu mengemboh kemudian menunjal-nunjal kakinya ke jalan. lembu-lembu itu terkejut.

tapi kambing tidak mahu lari.cuma berpusing-pusing. bingung.

kemudian dua ekor ayam kampung datang memimpin kambing yang rupanya cacat penglihatan.

setelah mengharungi pelbagai halangan di jalan termasuk berlawan dengan perompak, dia mendapat markah cukup-cukup makan untuk mendapat lesen membawa kereta lembu.

besoknya dia membawa kereta lembu ke pasar dengan lesen yang baru diperolehi disimpan di dalam bunjut.

dia mahu menunjuk-nunjuk kepada che wan yang selalu sangat berlagak menunjuk-nunjuk baju atau selendang baru yang dibeli ayah che wan.

sampai di depan kedai ayah che wan, dia terdengar bunyi bising.

dia mendongak mencari arah bunyi dan terlihat che wan sedang membawa kereta kuda di atas langit sambil ketawa terjerit-jerit ke arah dia.

6 comments:

fatah85 said...

ah celaka. che wan lagi power. bila dia ambik lesen?

Selamber Rock said...

wawawa..nak naik kete kuda che wan jugak..bleh terbang..

Frodo Baggins said...

hooooo ~

ni kesah alice kat wonderland ke?
huhuhuhuhu ....

Aizuddin Jaafar said...

Banyaknya haiwan?

puding roti said...

affah. ah biasa. lesen beli tu :P

kejora. eh..berpaling tadah mana aci. meh naik keta lembu *paksa*

frodo. eh bukan. blm nengok lg. mlm ni nk g nengok. nak kosentret btl2 nih

aizuddin. sy syg haiwan :D

yg_indah said...
This comment has been removed by the author.