Wednesday, April 21, 2010

Sudin sagong

Hari-hari cikgu Amin tanya Sudin, "Mandi tak hari ni?". Sudin sengih-sengih sambil pegang rambut. saya tengok rambut Sudin yang kering ternaik-naik terkembang-kembang.

kasihan sama Sudin. Sudin anak orang miskin. baju sekolah Sudin dah jadi warna kuning-kuning air dan nipis. kalau budak lelaki lain suka tendang saya, suka tarik tudung saya, suka curi pemadam saya, suka pijak kasut saya, suka cubit pipi saya, suka tolak saya sampai jatuh longkang, tapi Sudin tak buat macam tu. Sudin datang pujuk saya supaya saya jangan menangis nanti takut cikgu marah.

biasanya saya akan diam selepas Sudin bagi seplastik kecil sagong kelapa mak Sudin buat yang Sudin jual di sekolah.

satu hari, saya hadiahkan Sudin minyak rambut yang saya curi atas almari solek ibu. saya tahu itu ayah punya. saya ingat mahu curi minyak wangi ayah sekali tapi nanti ayah tak ada minyak wangi pula untuk bubuh di kaki (sungguh, saya ingatkan minyak wangi itu untuk letak di kaki tak mahu bagi kaki bau stokin).

sejak itu, Sudin suka lalu depan rumah saya dengan basikal tua yang ayah dia punya. sejak itu, cikgu Amin dah tak tanya lagi 'Sudin, kau mandi tak hari ni?'. sejak itu hari-hari Sudin letak sagong dalam meja saya. bukan sebungkus, tapi dua bungkus.

dan pertengahan tahun itu juga Yusri telah masuk ke kelas saya. cikgu suruh Yusri duduk di sebelah saya dan entah macam mana saya tersyok pada Yusri. masa cikgu tak ada, dengan Yusri sahaja saya main rumah-rumah. budak-budak lelaki sudah tidak berani kacau saya dan Sudin juga sudah tidak letak sagong dalam meja saya.

dan cikgu Amin mula bertanya Sudin macam dulu, "Mandi tak hari ni?"

p/s: wataknya wujud. jalan cerita rekaan semata-semata. tapi kalau kau baca ini yusri, aku nak tanya kau ingat lagi tak Isabella? ok aku tahu kau mesti tak ingat punya. baibai.

18 comments:

yg_indah said...

sagong tu sjnis mknan ringan kg kan?warna putih.

kesian sudin,cintanya putus ketika baru nak berkembang;)

puding roti said...

ya btl tu. tp kalo yg kt kedai skrg ni jual tak sedap. bau hapak.

haha. kesian sudin. hrp dia dh jd kaya

Kak Lily said...

Kesian sama Sudin. Sudin kalau versi perempuan,mesti macam cerita kakak.

Suka..suka..suka

(sambil kesat2 airmata)

puding roti said...

Kakak...sy rs sedih bc komen kakak :'( tp kakak sgt bertuah sbb kakak ada kekasih yg baik. kwn bergurau n teman bergaduh. seronoknya. nak jg satu :)

KeJoRa said...

huhuhu...

suka jugak sagong...zaman dulu2 punye best..

Si Aizuddin said...

Apa ni. Perli saya ke? Tau lah cinta saya dulu tak kesampaian.

puding roti said...

kejora. aah sagong dl mmg bes. fresh je. yg skrg rs hapak n rs mcm hampas kelapa. ops

puding roti said...

aizuddin.eh, comel mcm awk pn cinta tak kesampaian? tulah. cinta itukan bole (buta)

mugiwara said...

inilah lumrah orang miskin yang tak ada minyak wangi....





[membawa diri mencari orang yang tak fizikalistik~]

puding roti said...

OLOLO mugi2..tamolh majuk2. krg comel doh woh :)

jedi said...

sampai hati kau memadukan sudin...kesian sudin...

puding roti said...

alamak, knp sy terbaca 'memadukan' tu sbg 'memandukan'? T_T

Frodo Baggins said...

yeah ... sayalah sudin!!
tapi rambut wa dah cantix
berminyak, kemas .. mohawk.


wooohaaaa

puding roti said...

wah. sudin??kena uji skit nih. bak mai sagong tiga supek. hik2

monon said...

puding roti ore klate ko..?

puding roti said...

yo awok sy ore kelate. ngaaa :D

o ye, kotak komen tak kuar kt entri awk padahal sy dh puas picit. huu

monon said...

sy pon xreti doh nk ejah guano komen tuh. err. sy ada add fb awak. Sits Rebel.
appruv ya. sy btul2 tertarik nga tulisan awak ni. hee

puding roti said...

try awk g kt setting comments. godek2 citu.

hok alos laa awok..fb kena block kt cni n lgpun sy tak aktif fb jd lgsg dok buko :P

apa2 kito email2 deh :)