cekodok pisang curi. lama dah tak buat cekodok pisang maka tiada gambar.
Hafizul pengawas sekolah. hafizul tinggi, berkulit hitam, tak hensem, air muka masam mencuka, bulu kening bentuk sedih, suka bersendiri dan kelihatan penuh misteri.
di sekolah, setahu dia, hanya dia yang sukakan hafizul. budak perempuan lain kebanyakannya menaruh minat pada hakimi- wakil sekolah main bola sepak, berkulit putih, manis, suka senyum, ada pesona, bla bla bla.
segelintir lagi mungkin tidak reti berperasaan ataupun malu-malu miyau.
dia? dia hodoh. tiada kawan. rambut nipis hampir menampakkan kulit kepala, tidak pernah dapat pakai skirt, kulit berbau seperti cekedis dan bukan salah seorang yang terpilih untuk menjadi ahli kumpulan sorak yang pastinya.
dia tidak tahu apa-apa tentang hafizul selain mengetahui hafizul sukakan cekodok pisang. bagaimana standard cekodok pisang yang hafizul gemar tak lah dia arif, tapi dia selalu nampak hampir setiap waktu rehat hafizul beli cekodok pisang yang dijual makcik kantin. cekodok pisang itu nampak sederhana, kurang berminyak dan kelihatan bulat.
dia tak suka pisang, jadi dia tak pernah beli cekodok pisang di kantin.
***
petang itu, ketika dia sedang meniarap di depan tv membuat kerja sekolah, dia terlihat satu iklan yang sedikit sebanyak berbunyi seperti ini, "pikatlah si dia melalui masakan anda" kemudian perempuan itu mengambil majerin. ya, itu gazek rancangan memasak yang ditaja oleh planta.
dia menelan air liur. kemudian berlari ke dapur mencari emak.
***
pagi itu dia datang sekolah awal. awal sangat daripada kebiasaan. sebab dia mahu letak cekodok pisang yang dia belajar buat dari emak untuk hafizul. itu adalah percubaannya yang ke enam sejak empat hari lalu dan dia berpuas hati. cekodok itu kelihatan seperti cekodok pisang biasa walaupun saiznya ada besar ada kecil, sedikit berminyak dan leper-leper. tidak gemuk-gemuk bulat macam makcik kantin buat.
di atas bekas jernih berisi cekodok pisang, dia tulis "saya belajar dengan emak, yang benar, xxxx". gila tulus.
dalam pada dia berdebar-debar menunggu reaksi hafizul pagi itu, dia ternampak budak perempuan rambut panjang sampai punggung bulu mata lentik kulit putih masuk ke dalam kelas dan berjalan terus sampai ke belakang kelas.
oleh kerana budak perempuan itu cantik, otomatik mata dia menyoroti bontot budak perempuan itu. akhirnya budak perempuan itu berhenti di meja hafizul.
dia nampak hafizul yang tengah melihat cekodok pisang yang dia beri pagi tadi terdongak melihat budak perempuan cantik itu. hafizul kelihatan terpaku. dia juga nampak perlahan-lahan hafizul menutup bekas jernih berisi cekodok pisang yang dia beri pagi tadi kemudian cepat-cepat sorokkan dalam meja. dan itulah juga kali pertama dia ternampak hafizul tersenyum.
waktu itu dia terdengar bunyi guruh di dalam otak dia. dia ternampak kilat dalam otak dia. dia terasa basah ditimpa hujan dalam otak dia.
cepat-cepat dia tunduk memandang kasut bata yang telah belubang sebesar duit lima sen. dia berasa malu dengan diri sendiri. dia berasa tewas dan dikalahkan. memang dia tidak layak bertanding dengan budak perempuan cantik itu. dengan siapa-siapa pun dia tidak layak.
dia menyesal penatkan diri belajar membuat cekodok pisang. dia menyesal habiskan gandum juga pisang emak dalam cubaannya yang gagal membuat cekodok pisang sebelum ini.
dia benci gazek rancangan memasak tajaan planta yang dia rasa sedang menipu dia. dia benci tv di rumah dia yang ada gazek rancangan memasak tajaan planta.
dia sudah merancang untuk memukul tv di rumah dengan penyapu lidi.
ya, dia cuma budak perempuan hodoh yang sedang menderita, tersangat kecewa dan sejak hari itu dia belajar membenci diri sendiri.
15 comments:
ala, ciannye...
hanya johari yang mengenal manickam. hanya org tertentu je yang pandai menilai erti cekodok sebenar.
lupe nk puji bende comel warna pink kat atas tu... baru buat ye.. comel comel...
kebetulan tengah makan cekodok sekarang ni.
cis hafizul!..
anony. haip! johari jgn disebut. sensitip! haha!
oh. benda pink tu dh lm dh. layak dipanggil makcik :D
nizamsani. oh kedengaran dramatik :)
wmsuffian. hihi. cis je? tlg pukul blh tak? :P
Rasa macam cerita hidup akak yang diulangtayang berkali-kali sehingga umur 35 tahun baru berjaya memikat seseorang.
Sedihnya..cian budak pompoan tu huhuhu..
kesian btul pompuan tuh. nasib dah sama macam saya. hodoh, gmuk dan tiada kawan.
;(
kakak lily. akak ni..sedih tau bc komen akak. tp kakak dh ada org yg akn selalu tunggu akak kalau akak blk lmbt. besnyer!! :D
monon. eh tp awk comel. kt print screen destop awk tu sy tgk awk comel. dan sy kan kwn awk :)
gamba tuh tipu. sy fotogenik kot. tapi realiti macam katak.
hafizul tinggi..saya rendah...takut jugak nak lawan...cis jelah...
lepas makan cekodok pisang kompem lawas habis :D
monon. isy jgn ckp mcm tu...tak baik. sy selalu ckp sy comot mcm kucen. mcm tu ok sikit kot :)
wmsuffian. tp awk taf kan? hik2 :P
lily. haha! btl2! tgk org yg kita suka pun blh jd pelawas. hoho~
hee. kucen tuh msti berbulu lebat.
Kecik-kecik dah pandai mengorat.
Tapi taktik dia salah. Sepatutnya dia beli cekodok pisang gemuk-gemuk bulat dari makcik kantin dan letak dalam bekas jernih. Di atas bekas jernih berisi cekodok pisang, dia tulis "saya belajar dengan emak, yang benar, xxxx".
sian dak pompuan tu....
xde manusia yg perfect kt dunia ni...klo stakat muke cantik tp hati buruk xde gune,,,
wassalam.
Post a Comment