Friday, June 4, 2010

gadis bunga

Saya berkawan dengan gadis bunga sudah lama. semenjak saya selalu berhingus di dalam kelas darjah dua kemudian dihalau cikgu bahasa inggeris lagi.

gadis bunga sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan saya yang gemuk ini. cuma wajahnya berwarna kuning dan badannya berbentuk seperti bunga. tidak seperti saya yang berkulit hitam dan badan saya berbentuk seperti buah epal.

baunya wangi. tak seperti saya yang berbau seperti roti atau kadang-kadang berbau seperti cekedis.

gadis bunga pernah hilang semasa dia di tingkatan dua. enam hari orang kampung cari tapi tak juga jumpa-jumpa.

saya pernah menghitung, satu waktu dahulu, gadis besi juga pernah hilang, tapi tiada siapa pun ambil peduli, sehinggalah gadis besi ditemui mati menjadi debu-debu emas. waktu itu semua orang kampung menangis.

akhirnya setelah saya ditimpa hujan juga termengah-mengah menuruni/mendaki gunung, saya terjumpa gadis bunga sedang tidur dalam pasu besar di taman berhampiran lapangan terbang.

saya tanya kenapa dia melarikan diri?

gadis bunga tidak menjawab tapi memandang ke langit. saya turut memandang ke langit. saya nampak matahari senyum menyebakkan lazat rindu.

hari itu, saya terpaksa meninggalkan gadis bunga yang sedang tersenyum gembira di dalam pasu besar dan hari itu juga saya pulang membawa rasa mahu disayangi dan dilindungi. juga.

12 comments:

wmsuffian said...

kumbang nakal diharap tidak mengapa-apakan gadis bunga..:)

Si Aizuddin said...

Gadis Bunga memang banyak orang sayang. Jejaka Bunga pula?

Anonymous said...

gadis bunga akan mencapai impiannya selagi harapan masih wangi dan selagi usaha belum layu.
InsyaAllah.

puding roti said...

wmsuffian. oh knp sy tak pnh terfikir ttg kumbang nakal..?

si aizuddin. jejaka bunga? oh, seram.

anony. i'Allah. usaha! o yeh!

wmsuffian said...

kerana kumbang nakal tak pernah makan puding roti...ataupun puding mangga...

puding roti said...

ouch! swit!

Af'fi Sofyan said...

gadis bunga? wow. jelly jus.

hahaha.

kau ni, manis sangal la puding. kalau aku semut merah, dah lama aku hurung. tau.

puding roti said...

affi. awk hurung tak pa, tp jgn giget tau. pedih. hee

Si Aizuddin said...

Jawapan anda untuk komen Affi sangat comel. Rasa macam nak berenang bersama penguin lak.

Nazz@Purple said...

bunga2 cinta..

Frodo Baggins said...

gadis bunga tu spesis jelly ber KY ke? muahahahhaha ... bahsa tingkat tinggi, dua kali baca pun wa ttp x paham ... wakakkakaka


>>__<<

puding roti said...

si aizuddin. oh, tetiba terbayang kucing gemok

nazz. oh, tak blh tdo jwbnya

frodo. mememe. ada cerita disebalik tu utk difahami tp tak leh bgtau secara telus. syyhh..