Sunday, October 24, 2010

abang besar dan dada ayam

Semasa dia kecil, dia paling ingat, dia memang ada abang besar.

tak pasti sejak bila abang besar suka rebut dada ayam dari dalam pinggan dia. tapi boleh dikatakan setiap kali ibu masak ayam.

abang besar beritahu, budak cuma akan suka paha ayam sebenar atau paha ayam tipu (bahagian atas kepak), bukannya dada ayam. sebab dada ayam susah untuk dipegang. tapi paha ayam mudah untuk dipegang juga praktikal untuk dimakan sambil berlari.

tapi dia suka dada ayam. dia tak suka paha ayam sebenar atau paha ayam tipu.

selepas ibu masak ayam masak merah terutamanya, dia cepat-cepat ke dapur dan cari dada ayam dari dalam kuali.

selalunya jumpa dan dia akan sorok di bawah timbunan nasi.

tapi abang besar selalu dapat jumpa kemudian merampas dada ayam yang dia punya.

biasanya ibu akan pujuk dia yang tiba-tiba menangis dengan memberi cubitan ayam dari daging pada bahagian paha sekiranya tiada dada ayam lain sebagai ganti.

walaupun terasa urat-urat ayam ketika makan daging paha ayam, tapi dia makan juga kerana kasihankan ibu. mereka bukannya banyak duit mahu beli ayam selalu.

dari jauh dia pandang abang besar yang sedang makan dada ayam dengan nasi di depan tivi dengan perasaan geram.

dia tidak sabar untuk menjadi besar. dia tidak mahu dibuli abang besar lagi. dia tidak mahu digelar yyy botak lagi.

tapi ketika dia sudah besar, abang besar tiba-tiba hilang.

dia ada tanya pada ibu, tapi ibu tak tahu. kemudian ibu melihat dia dengan air muka yang sangat kasihan.

bertahun-tahun dia mencari abang besar. dia sanggup dibuli abang besar daripada kehilangan abang besar.

tapi abang besar tak ditemui.

bertahun-tahun juga dia terpaksa belajar menerima hakikat yang abang besar rupanya cuma kawan khayalannya ketika kecil.

yang sangat dia rindu. rindu berebut dada ayam dan rindu ketika menangis digelar yyy botak.



7 comments:

gadis kaca mata said...

ala, sian...
nak dada ayam?
"jom, saya belanja"

fatah85 said...

jangan risau, aku pasti beli buku kau dua buah. jangan risau.

sisleyxmex said...

sebenarnya, paha ayam lagi sedap dari dada. -__-

puding roti said...

gadis kl: jom! sy akan tuntut. btl ni. heh

aafah: *terharu* boleh beli dada ayam :)

sisleysmex: tp byk urat dan ada benda warna coklat dekat tulang T_T

sisleyxmex said...

paha ayam boleh jadi mic. buat nyanyinyanyi! haha

yg_indah said...

drumstick senang dipegang ketika meratah berbanding dada ayam.

Aizuddin Jaafar said...

Like komen Affah!