hasil nukilan amadkhir :)
pagi itu hujan. macam biasa. bagi dia dan penduduk bandar itu, sejuk dingin sebegitu adalah biasa. tak perlu susah-suah pakai baju tebal-tebal. tapi bagi orang luar, dingin seperti itu sudah pasti mencengkam tulang. dia duduk di kerusi batu. seperti semalam, meninjau-nijau sekeliling, sambil cuba mengira berapa banyak lagi titis air hujan akan turun.
bunyinya sia-sia kan?
selepas azan Zohor, tiada lagi titis hujan. lekas-lekas dia ambil air tadahan hujan. ambil wuduk. dalam doanya, dia minta supaya diampunkan dosa semua penduduk bandar itu. dia tak lupa cuba minta dikembalikan cahaya matahari.
lukisan semalam diambil. dia keluar bersama lukisan itu. niatnya, mahu jumpa dengan pelukis perempuan semalam. dia yakin, matahari itu terperangkap di situ. sayangnya, dia tak belajar undang-undang. jika tidak, pasti dia bawak hal ini ke mahkamah.
tiba di situ, pelukis perempuan masih belum ada. tapi ada lukisan kanvas di situ. dan berus juga masih lembab dengan warna kuning. tanpa minta kebenaran, dia singkap lukisan itu. dan tak semena-mena, terukir senyum di bibir dia.
syukur, matahari telah bebas.
0 comments:
Post a Comment