Monday, January 17, 2011

roy dan ulat

Pertama kali dia memegang ulat ialah ketika dia berusia enam tahun. dia lawan rasa takut juga geli dengan menarik ulat berwarna hijau sehingga terputus dua. roy yang ajar. roy bawa dia masuk taman rumah jiran yang dia langsung tidak kenal kemudian mencari ulat di situ.


tapi rasa takut juga geli itu tetap tidak hilang. kau memang penipu roy. kau kata dengan menarik ulat sehingga terputus dua, aku akan jadi berani tapi tak pun. kau memang penipu. aku benci kau roy. kau ajar aku jadi pembunuh ulat.

apa yang dia ingat, dia menangis menyesal sambil menolak ulat yang terputus dua dengan ranting kayu. berharap dapatlah disambung semula. tapi mana mungkin.

apa yang dia ingat juga, sejak hari itu dia hate roy. setiap kali ternampak roy, dia jeling roy sampai dia rasa urat mata macam nak putus. tapi dia puas hati dapat menunjukkan hate pada roy walaupun roy buat muka no respon.

dia terus hate roy. dalam masa yang sama tetap takut, geli dan rasa bersalah terhadap ulat sehinggalah roy berpindah ke tempat lain dan menulis kad meminta maaf siap ada gambar rama-rama dan bunga berkelopak banyak. roy tulis roy menyesal bunuh ulat. roy memberitahu ulat itu boleh membesar menjadi rama-rama yang cantik.

dia sebak lalu memaafkan roy di dalam hati. dia cepat-cepat ke bilik air dan mencari ulat gonggok kot-kot ada. meninjau dari jauh sambil terbayang-bayang rama-rama warna apa yang ulat gonggok akan jadi bila besar nanti.

mungkin juga rama-rama yang berwarna coklat

3 comments:

Si Aizuddin said...

Comel comel. Mungkin ulat gonggok tersebut akan menjadi seekor burung gagak.

wmsuffian said...

Roy kejam!...tapi hatinya penuh rerama bewarna warni

gadis kaca mata said...

saya geli kat ulat!
uwaaaaaaaa~





masih teringat labah-labah itu? :(