Thursday, February 24, 2011

pemenang contest: mencari matahari yang sedang hilang part 3 - cerita 5

Nukilan: Aizuddin :)

Pagi itu dia bangun bumi masih sunyi suram tanpa matahari. Jadi dia terus pergi mandi-manda dan menggosok gigi sambil mengharapkan matahari akan muncul selepas ini. Sudah saja dia menggosok gigi menggunakan kayu sugi dan ubat gigi darlie dia terus menutup mulutnya agar ciuman terbang berserta nafas segar ini dapat dia berikan kepada orang yang paling dia cintai.

Dia berlari-lari itik keluar dari bilik mandi sambil satu tangan menutup mulut dan satu lagi memegang tuala bagi menghalangnya terbojot ketika berlari. Dia mendapatkan emaknya yang sedang menyiapkan sarapan pagi dan menghamparkan satu ciuman ilusi ke pipi.

Matahari masih hilang, masih belum dijumpai. Selepas bersarapan pucuk ubi dia menggerakkan perut, menggagahkan kaki, membangkitkan jati diri menyarung kasut ajaib merahnya yang berlubang di ibu jari. Kerana hari ini dia ada misi, misi mencari matahari.

Sebaik saja dia melangkah keluar dari pintu rumah kecilnya di celah bangunan tinggi itu, dia nampak manusia hari itu sudah berubah. Tiada lagi yang merempit tak ingat nak pagi, berdangdut tak ingat anak bini, atau mencari tong sampah untuk membuang bayi, kerana manusia hari itu sudah menjadi zombi, mereka menjadi zombi kerna ketiadaan matahari.

Hari gelap tak mahu cerah. Dengan semangat waja dia melangkah kearah sebuah proton Waja buatan tempatan. Dia nampak tauke kedai pajak gadai pemilik proton Waja itu yang telah menjadi zombi sedang minum teh bercicah tikus dilongkang berhampiran. Dengan kasut ajaibnya dia menyepak tengkuk tauke tersebut sehingga mengakibatkan tauke itu memuntahkan kunci keretanya.

Vroomm! Sambil memegang batang gear auto dan siku terkeluar sedikit dari tingkap dia merasakan dirinya sangat kool memandu kereta milik orang. Di tempat duduk penumpang di sebelahnya ada lukisan anak sungai yang airnya berkilat-kilat di pancar terik matahari yang dia bawa dari rumah tadi. Dia tahu siapa yang dia perlu cari, pelukis perempuan semalam.

Sambil buat drift di celah-celah zombi yang sedang bergelandangan dia mencari-cari mana tau pelukis perempuan itu juga ada dikalangan zombi yang bergelandangan itu. Sehinggalah dia sampai disebuah perkampungan koboi yang sunyi. Di situlah dia lihat pelukis perempuan itu sedang melukis seekor koal gergasi. Selesai pelukis perempuan itu melukis dia menoleh kearahnya bersertakan senyuman nipis.

"Kau cari matahari."

"Yes, i am."

"Kau kena tumpaskan koala gergasi ini."

Dengan muka riak kerana dapat speaking sikit tadi dia menekan butang di kasut ajaibnya yang bertulis "picit aku", terus terkeluar sekeping biskut chipsmore dari lubang di ibu jari kasutnya. Dia menendang chipsmore itu ke dalam mulut koala gergasi dan terus ia berubah menjadi tuala gergasi.

Pelukis perempuan itu tersenyum. Sambung.. Boleh tak saya nak sambung dalam blog saya :)

Baru thrill sikit.

p/s: sila tuntut sambungan daripada penulis cerita :)

1 comments:

✖sLp mE pLz™✖ said...

erkk.. x4low mmg xphm..