Kerana mahu menjadi burung, kakak selalu pesan, "berpijaklah di bumi yang nyata,". kemudian dia terbayangkan kehidupan di tepi sawah padi. digigit lintah, kulit betis bersisik dan makan nasi dengan ikan keli cicah sambal lada. itulah bumi yang nyata.
"aku mahu jadi orang bandar,". dia menjawab. dan terbayang orang bandar boleh menjadi burung apabila naik kapal terbang. matanya berkelip-kelip dalam samar cahaya pelita. bumi yang nyata memang nampak gelapnya, terbau bacinnya, berasa laparnya, dan terasa payahnya.
3 comments:
lama tak menaip...
rindu la...
ngaa...
nanti kita jmpa. blh tampar tampar manja :)
haha~
tak mahu la kena tampar...
Post a Comment