Tuesday, May 10, 2011

skirt ketat

Dia betulkan skirt ketat yang terangkat sampai tengah paha. semasa berdiri, skirt ketat itu ok lah ngam-ngam atas lutut. bila duduk singkat gila.

dia tiada bantal sofa untuk tutup paha hitam.

dia tiada buku untuk tutup lutut berparut kesan jatuh basikal.

tak tahulah kenapa dia bodoh sangat tak berdiri saja. oh mungkin rasa insecure.

dia cuma menangis kerana sedar telah membuat dosa. bukan setakat berasa malu dan tidak selesa yang teramat sangat.

kemudian betis dia terasa perit. pedih. ah sudah.

tak boleh letak skirt ketat sangat sebab seksa sungguh
......

dengan tahi mata sebesar lutut, dia dapat lihat emak dengan muka paling garang dalam dunia tengah pegang kain tudung misai dato' k. yang ada dua lapis biji-biji permata tidak berkilat sebab tiruan punya dari plastik kokak apa boleh harap kan.

dan oh. dia mendapat libasan padu dari kain tudung dato' k kerana peram tidur.

dan oh syukurlah. dia cuma memakai skirt ketat yang pendek cuma dalam mimpi. maka tiada rasa bersalah walaupun malam sebelumnya telah menonton perempuan seksi memakai skirt ketat gila sehingga emak marah sampai terkejut kemudian cepat-cepat memicit siaran asian food channel.

5 comments:

gadis kaca mata said...

oh... tiba2 rasa mahu pakai skirt... hehehe~

lily lotus said...

kalau teringin sangat nak menyeksi, dalam mimpi pun jadilah..hehe

Lily Abdullah said...

haha..dulu..kakak pernah pakai baju ketat.

Zaman2 jahiliyah ikut nafsu muda.
Tiba2 rasa malu sendiri,

Apahal? Semua nak tunjuk kat orang.

Mana hilang, kakak mau buku itu ada lagi tak ?mcm mana nak bayar maybank2u dah tak aktif ni.

tengah cari email adik puding neh

puding roti said...

gadis kacamata. kalau dl blh pakai ms tdo sm kan? hee

lily lotus. hihi. dlm mimpi pn jd la kan? kui2

kakak lily. ada ni. hee. sy pn tgh cr email akak tp yg ada tu dh kena godam ye. kesian akak. ni email kita: pemburupudingroti@yahoo.com. nanti akak emailkan alamat je k :')

Anonymous said...

kalau skirt pendek longgar, kena tiup angin, jadi macam marilyn monroe. hee..