Friday, April 29, 2011

makan seperti kucing dan menjilat pinggan selepas makan sehingga berkilat

Tajuk mesti panjang. benci betul. selalu cuma ada idea untuk tulis tajuk tapi bukan cerita. tulis tajuk seperti di atas kerana sekarang sudah gemuk dan tadi telah terindu-rindu zaman kenit-kenit dulu kemudian teringat yang saya pernah patahkan lidi penyapu untuk membuat chopstik. makan bihun bersama adik dengan chopstik yang diperbuat daripada lidi penyapu bahagian pemegang. sedapnya luar biasa. dulu lah. sekarang tidak. sudah reti fikirkan tentang kuman dan tahi cicak kan.

oh bukan lagi tentang tajuk di atas.

oh ya. saya pun tak faham kenapa saya suka tulis tentang masa kenit atau menggunakan ia sebagai satu metafora. mungkin sebab walaupun sudah menjadi makcik, saya masih minat mengenakan baju tidur yang ada poket berbentuk muka arnab di perut. macam poket kanggaru. kerana boleh letak telefon bimbit atau remote astro. oh seorang lagi kawan saya juga ada baju tidur poket muka beruang. maka rasa normal.

oh. belum kembali kepada tajuk. memang betul lah saya selalu terpesong. oh ya, saya pernah terpesong dalam subjek karangan bahasa arab masa sekolah dulu. saya rasa saya ada terlalu banyak idea sehingga kadang-kadang boleh hilang ingatan untuk jangka masa pendek dan puff!! semua idea itu turut hilang secara kekal. kemudian, idea yang baru telah datang. oleh kerana lupa tentang idea asal, terus terpesong. ok lah. itu cuma alasan. padahal kerana terlalu teruja, maka tersalah faham soalan T_T

rasa macam tak sanggup pula nak cerita tentang hobi suka makan nasi seperti kucing makan - nasi putih gaul dengan perca ikan goreng dan minum susu dalam mangkuk macam cara kucing minum. eh dah tercerita sikit rupanya. seterusnya tak perlulah cerita kerana selepas makan atau minum seperti kucing, mesti menangis sebab kena cubit. sakit gila.

5 comments:

gadis kaca mata said...

rindu nak baca celoteh awak...
hoho~ masa kecik2 adalah masa paling best sebab kita tak perlu fikir segala mak nenek masalah negara...
polos. naif. dan hati suci seperti bayi.
eh, saya mahu juga baju tidur dengan poket muka arnab di perut tu.. di mana mahu beli?

lily_lotus said...

makan whiskaskan senang :P

puding roti said...

Gadis kacamata

haha! kita dating aje syg..ngaa..

kak lily. ayah tak belikan. ms tu tak kenal whiskas pn lg. hee

gadis kaca mata said...

dating? mau... mau... mau...
bila ya?

Anonymous said...

saya ingat saya sorang je makan nasi dengan perca ikan goreng dgn kicap, habis je jilat pinggan dan jari macam tak pernah makan nasi seminggu. sedap jgn cerita.

tapi yg best, mak kita tak cubit macam awak kena. mak kata asal saya makan, jadilah. kalau awak dulu2 kenit, saya kurus keding, macam cicak kubin.

peace!