Dia perempuan. dah mumayyiz. tapi kenit lagi. sebab tu belum baligh. kot. oh. memang la kan. baru enam tahun.
dia suka gincu. mak dia tak ada gincu selain gincu warna hijau yang bila pakai pandai buat magic tukar jadi warna merah. tapi dia tak suka gincu tu. sebab beli di pasar malam. murah. tak best.
tiap kali mak bawa dia pergi jumpa kawan mak, dia ralit perhatikan kawan mak yang pakai gincu. merah juga. lepas tu bila kawan mak minum air, gincu melekat pada penyedut minumam (straw-betul ke eja ni?). dia rasa geli kemudian bertekad untuk menyedut minuman melalui straw dengan gigi. jangan bagi kena bibir. nanti gincu melekat pada straw. geli.
satu petang, semasa dia dan adik hendak ke kedai membeli ais krim, ada seorang makcik (diyakini kawan mak) telah memanggil dia dan adik. kemudian makcik itu telah memberikan dua batang gincu. satu untuk dia. satu untuk adik dia. makcik itu beritahu, 'makcik tahu xxx suka nak pakai gincu,'.
dia tersangat gembira. terus pulang ke rumah lantas terlupa membeli ais krim. kerana telah mendapat gincu yang pertama. biarpun yang second hand punya.
dia terus mencuba gincu. sapu di bibir, sapu di pipi juga di kelopak mata. dia rasa, waktu itu, dialah budak perempuan yang paling cantik dalam dunia. padahal..
9 comments:
wah.. eksaitednya budak perempuan itu.
alahai
tak reti pakai gincu sampai sekarang ._.
oshinz: memang. dh lama jd idaman. hihi
affah: ;)
lavender: sy main tonyoh je. tak tgk cermin pn. hihi
Sama la. letih pakai gincu.
Asal makan je hilang,asal makan je hilang hehe
kak lily: rindu kakak :) hihi.. btl. kalau pakai lekat kejap je. lps mkn ghaib. tak de maknanya nk pakai balik. hihihi
sib baik laki-laki x perlu pakai gincu.hik
anon: ada yg pakai. roy yg nyanyi lagu patriotik suara macho jantan habes tu pakai pengilat bibir ;p
owh.retis n org fofular semua pakai..pak jib pon kdg2 kena pakai juga ;)
Post a Comment