Monday, January 30, 2012

Dia bukan kedekut


Dia bukan kedekut. tapi jimat. ye lah. nak dapat duit poket bukannya mudah. apatah lagi nak dapatkan makanan kegemaran. kalau sekali dapat, dia gigit sikit-sikit bagi lambat habis.  ya. sekali lagi, dia bukan kedekut. tapi jimat. sebab sayang sangat. nanti tempoh penghayatan terhadap makanan itu akan menjadi lebih lama. lebih seronok. lebih panjang masa untuk teruja. dan kalau boleh, dia memang tak mahu berkongsi dengan sesiapa. sekali lagi, dia bukan kedekut. dia bukan kedekut. dia bukan kedekut.

Tapi.. satu hari itu dia tidak tahu kenapa. Dia rasa sanggup untuk memberikan kesemua baki makanan yang dia simpan untuk dimakan akhir sekali kepada seorang yang dia tidak kenali. Bukan kepada budak lelaki wajah seiras dia yang telah melihat dia ketika dia memegang centong plastik sewaktu tengah mandi di depan rumah atuk dulu. Bukan. Bukan. Bukan.

Dia senyum. Berasa sudah perlahan-lahan menjadi anak dara dan hampir muat memakai cincin permata emak. Teringat pula cerita Isabella. Di mana Amy nya ya? Dia senyum malu tersipu-sipu dengan baki makanan masih di tangan.

7 comments:

jedi said...

kekadang kita patut kedekut pun...hahahah..

bila nak ada yang sarungkan cincin...

Nazz@Purple said...

sayang pada makanan beralih arah kpd seseorang..bila dh sayang..sudah tentu sanggup berkorban..

puding roti said...

jedi: btl2. ngee
ops. haha

nazz: setuju2! (angguk laju2) :)

kak Lily said...

Dulu masa kecik2 adik kak Lily bila makan suka simpan lauk tepi pinggan.

Jimat la kut.

Dan bila kak Lily minta dia kasi ha ha.

Tak sampai hati tgk kakak dia dan si kakak pulak suka amik kessempatan.

hihihi..

puding roti said...

kak lily: wah baiknya adik kakak. terharu.. ;) sy dulu pn suka amik kesempatan terhadap adik. adik suka menabung. sy suka pinjam. tp jrg byr balik sbb tak ada duit. hihihi

lavender harum wangi said...

kalau nak bagi pada orang, kita patut bagi benda yang paling kita sayang.

macam bagi hadiah bufday. kita bagi kat adik kita, baju yang paling kita sayang.

bukan kedekut, tapi jimat. lagipun, kita bagi baju yang paling kita sayang kat adik kita. sayang tau. hihi :p

puding roti said...

btl2. mak pn bgtau mcm tu. benda yg kita syg, walaupun dh lama, tp nilai sentimentalnya tinggi :)