Tuesday, February 21, 2012

duit kertas yang diconteng-conteng

Masa sekolah menengah dulu, dia ada seorang kawan. kawan dia biasa-biasa saja. tapi bawa duit beberapa ringgit pergi sekolah. dia bawak RM1 je. 40 sen tambang pergi balik, 60 sen untuk buat makan. kalau ayah hantar kemudian ambil, boleh la dia beli makanan semua RM1 tu. dia tak menabung pun. belanja habis selalunya.

satu hari, kawan dia kena panggil dengan cikgu. ingatkan apa. rupanya kawan dia kena gantikan semula duit koperasi sebab belanja di koperasi guna duit yang dah diconteng-conteng dengan pen. jangan tanya macam mana pihak koperasi boleh tahu itu duit kawan dia.

kawan dia gelak-gelak kemudian mahu buang duit yang dah berconteng tu. dia rasa sayang. dan melihat beberapa keping duit RM1 itu dengan mata yang bulat bersinar-sinar. kemudian bagaikan disihir, kawan dia hulurkan duit itu pada dia, tak jadi nak buang ke dalam tong sampah.

kemudian, hujung minggu itu, dia dengan adik berbelanja sakan membeli ais krim di kedai apek. ambil ais krim, kemudian letak duit-duit kertas yang dilipat-lipat kecil kemudian lari keluar kedai cepat-cepat.

selepas itu, dia sudah tak berani untuk ke kedai apek. takut kena marah dengan apek sebab belanja dengan duit kertas yang diconteng-conteng.

6 comments:

Nazz@Purple said...

duit tetap duit pe..ade nilainya..hehehe..

nizamsani said...

conteng gambar gajah ke?

puding roti said...

nass: betul tu...tp dulu igtkan dh tak laku lg dh ;p

nizamsani: kalau sy, mmg conteng gambar gajah dh. ngee

gadis kaca mata said...

oh, saya mahu juga duit yang diconteng-conteng. conteng dengan tandatangan awak dan bentuk lep-lep :D

puding roti said...

gadis kl: rindu awk ! ;*
ttgn sy tak laku jual..baik sy lukis muka awk. hik. ayat mcm nk mengorat ;p

gadis kaca mata said...

haha, boleh saja. saya single.