Sunday, July 22, 2012

tik tik tik

Seingat dia, masa berlalu tersangat perlahan ketika dia masih kecil. dia tidak pasti samada masa itu sangat besar seperti rumah yang akhirnya menjadi semakin kecil apabila dia semakin membesar, ataupun bagaimana sebenarnya.

masa itu jadi misteri. bagaimana ia bergerak perlahan pada satu ketika kemudian berlari laju dengan sangat cepat pada satu ketika yang lain. ada yang kaitkannya dengan penantian, kesedihan dan kegembiraan.

dia bukanlah budak yang sangat bagus seperti kawan-kawan yang lain. sebab masa darjah satu, dia cuma puasa setengah hari dalam masa sebulan. itupun dia beri alasan, dia sakit kepala dalam perut.

waktu itu, sehari bagaikan seminggu. nak habiskan lima hari persekolahan, lama sangat rasanya. panjang sungguh waktu untuk bertemu ke hujung minggu. kemudian ayah bawa berjalan di pantai, dia pula tidak lupa keluar rumah dengan sikat di tangan. boleh sisir rambut bila angin pantai tiup ganas rambut dia yang telah sedia kembang.

oh melencong jauh. saya cuma mahu buat ucapan sebenarnya. Selamat Berpuasa kawan-kawan :')


letih walaupun tak puasa *gambar curi dari google

2 comments:

Aty Fared said...

betul..!!! saat ni..saye rase waktu kat opis lame sangat nak bergerak kol 5..dan sabtu ahad cepat jer abes cuti nyer..huhu

puding roti said...

hip2 hurey!! hujung minggu plg ditunggu2! tp btl cpt je ms berlalu dh isnin balik..huu...