Tuesday, December 15, 2009

jarum peniti kakak sepupu

Dia terpikat melihat kakak sepupu yang berjilbab labuh menutup dada lanjut sampai ke bawah pusat.
Kelepet jilbabnya hampir simetri. Terbentuk hampir sempurna membuatkan muka bulat kakak sepupu kelihatan seperti bujur telur.

Satu petang minggu ketika mengintai kakak sepupu yang sedang memakai jilbab labuh, dia terlihat kakak sepupu mengambil jarum peniti berkepala bulat warna merah kemudian cucuk di dahi kiri juga kanan berhampiran mata.
Dia terus tersandar di dinding. Berdebar-debar. “Rupa-rupanya nak pakai tudung labuh kena jadi kebal. Kena cucuk jarum peniti kat otak rupanya,”. dia terbayang-bayang kakak sepupu mencucuk jarum peniti berkepala bulat warna merah terus ke otak dengan sudut 90 darjah dari kelepet jilbab.
"Mesti keluar darah sikit-sikit. Tapi nampak macam tak sakit,"
Dia rasa seram campur kagum kemudian terloncat-loncat turun ke tanah sambil berazam mahu belajar jadi kebal dengan kakak sepupu sebagai persediaan untuk memakai jilbab labuh bila dia besar nanti.

10 comments:

uyumi azmin said...

hahahahaha awak kelakar!!!

Darkk said...

Saya dulu macam tu lah.

Tapi dah besar sikit baru la pandai. sikit.

Guten Tag said...

teruja dan heheheheh..

yg_indah said...

mana gambar pakai jilbab labuh.nk tgok.

tasekM said...

aku pulak tak pernah cucuk2. he he.


salam singgah.

Kejora =) said...

ehh..bahaya..sakit tercucuk jarum di kepala..

puding roti said...

uyu,
klaka je? comel?

darkk,
awk pun? isy2 br sy rs normal

guten,
dan? hooo~~

kak tm,
kita ms sekolah dl je. skrg biar je comot cenggitu. hee

kejora,
mmg sakit wooo

puding roti said...

yg indah,
ada kt kg hee

monon said...

x berapa faham. mknanya dia pakai susuk ke..?

puding roti said...

comel je awk. bkn susuk syg..jarum peniti..takmo bg tudung bergerak2 :)