Di tepi jambatan tempat bumble bee pernah menyorok dari helikopter kerajaan satu masa dulu, saya duduk berlunjur kaki. saya biarkan kaki saya yang montel itu terjuntai melalui celah-celah kayu jambatan. kalau boleh, saya mahu hayunkan kaki saya sambil berhinggut tapi orang tua pesan, tak baik bergedik-gedik kaki. bila saya tanya kenapa, orang tua cuma cakap tak baik. saya tanya lagi, tak baik tu maknanya berdosa ke? akhirnya semua orang senyap termasuk saya.
sebenarnya jambatan yang bumble bee pernah menyorok tu bukanlah besar sangat. kenit aje sebab masa tu bumble bee masih lagi sebuah kereta sorong bayi. jadi memang muat sangat kalau bumble bee nak menyorok lepas bertukar menjadi robot bayi yang lebih suka minum susu campur minyak sapi instead of minyak petrol atau miyak diesel campur air teh.
dan sebenarnya juga walaupun abang besar itu tak pernah wujud dan saya adalah perempuan yang selalu menunggu orang yang mengelek tempayan keluar dari bulan di tepi jambatan kenit ni, saya tetap juga perempuan biasa. bukan perempuan yang keluar dari bunga atau perempuan robot yang dibeli melalui online dalam bentuk seperti kepompong kemudian menjadi manusia yang tidak mempunyai pusat yang suka melihat bintang.
bukan. bukan.
ketika saya duduk-duduk sendiri di tepi jambatan kenit itu, bumble bee pun sudah tidur di atas katil gergasi. kedai pun sudah tutup. kanak-kanak yang tidak lena tidur pun sudah mula rasa takut melihat almari sendiri di dalam bilik kerana waktu sudah jauh malam.
saya di situ cuma termenung. pandang bulan yang saya sangat hargai cahayanya sejak saya berumur 14 tahun. sampai la ke hari ini. walaupun saya pernah melihat matahari selama beberapa minit dan selepas itu saya tidak boleh berjalan dengan betul sehingga memaksa saya untuk terus pejamkan mata dan duduk di bucu dinding, saya tetap merasakan yang mata saya menjadi rabun kerana terlalu lama merenung bulan.
walaupun saya rabun dan tidak memakai spek mata kecuali ketika memandu dan juga menghadap komputer kerana rasa macam makcik, saya tetap nampak sebutir bulan dengan cahaya berserakan di sekelilingnya. cahaya yang pecah-pecah sebab silau mata saya tinggi juga.
dan walaupun saya tidak pernah jelas akan bayangan orang yang sedang mengelek tempayan di dalam bulan, saya tetap percayakannya. sebab itu saya menunggu untuk melihat bulan. biarpun hanya bulan sabit, saya tetap mahu lihat. sebab rindu yang tak pernah imun.
ketika saya melihat bulan sambil menyandarkan kepala ke kayu jambatan, saya terdengar bunyi 'iyunggg' yang panjang bercampur bunyi seperti kertas atau kain gebar dikeronyok-keronyok.
macam biasa, saya cepat kalut. cepat berdebar, cepat takut dan cepat panik.
saya berpusing melihat sekeliling tapi kerana rabun, saya tak berapa nampak.jadi saya cepat-cepat memungut selipar bersedia untuk lari ke basikal.
tapi lagi, tiba-tiba sesuatu telah jatuh di atas basikal saya. beberapa depa dari kaki saya. gedebum!! (habis laa basikal saya). bunyinya kuat juga dengan kain yang sungguh lebar. berunsur warna matte lebih kepada warna coklat tidak berkilat menerbang dan berjatuhan secara lembut di atas tanah.
apa yang saya harus buat? saya jadi lagi kalut dan bertambah comot bila berkeadaan begitu.
saya mahu pulang dengan basikal. tapi basikal saya mungkin sudah penyek.
kalau saya berlari pulang meninggalkan sesuatu yang baru jatuh dari langit yang juga ada kain besar, alangkah berdosanya dan mungkin besok pagi saya akan ditangkap kerana dna saya sudah pasti berada di basikal saya.
tapi kalau sesuatu yang jatuh dari langit itu adalah makhluk asing bagaimana dengan nasib saya pula kalau dicolek menjadi ujikaji kemudian dipaksa berkahwin dengan alien bergigi besar dan mempunyai sesungut bermata bulat dan kemudian mengheret saya ke planet yang tiada bulan, bagaimana?
dan bagaimana pula kalau itu adalah seorang askar yang ditolak komandernya dari kapal terbang askar?
kalau sekiranya pula itu adalah orang yang mengelek tempayan di dalam bulan. tergelincir jatuh ke bumi ketika mahu mencedok air? dan orang itu pula adalah seorang lelaki yang kelihatan kasihan, naif, kacak dan mempunyai pusat?
saya serahkan kepada awak untuk selesaikan cerita ini sebab saya lapar nacik.
13 comments:
Apakah? =)
jom makan mekdi. gua blanje mcflurry.
tetibe terasa sunnguh pening membaca entry ini puding...
puitis dowh bahasanya
huhuhu
pepun, sy dpt tgkp sikit2...kdg2 cahaya bulan tu ade maknanya =)
Berdasar intuisi saya. Itu sebenarnya ada bungkusan dorayaki. Hmm.
wah..panjangnye cerita bersambung-sambung nih...
to all. sebenrnya sy tulis ms tgh pening. hik2
komen dulu baru sambung baca..hehe...panjang!..
sbb tu terpaksa berhenti mkn nacik. hoho
yang jatuh itu emak bumble bee, namanya Makcik Bee Bah, naik penyapu magic harry potter tapi jatuh kat tepi basikal awak masa tengah cari Bumble Bee yang tak balik2 8 hari dah sebab merajuk nakkan lembu susu montel warna putih tompok2 hitam.Padahal dekat planet dia tak boleh bela lembu. Makcik Bee Bah tak pandai bawak penyapu magik, basikal, kereta lembu atau kereta Vios. Akhirnya terhempas kat situ.
haha. comel gila. tu blh ganti kt tgh2
Makcik Bee Bah tak mati, tapi terus menjamu puding roti yang awak bawa bekal tapi tak makan sebab asyik tengok bulan je...Makcik Bee lebih suka minum light coke berbanding minyak petrol campur air teh...kebetulan orang dari bulan yang mengelek tempayan berisi light coke yang sepatutnya diseludup ke bulan lalu kat situ dan mengoffer light coke kepada Makcik Bumble Bee dan perempuan sukakan bulan ...jadi meeka bertiga pon menikamati light coke sambil merenung ke bulan dengan harapan, ada siaran langsung champion league untuk malam itu...Arsenal vs Barcelona..
suka2 hati pulak tambah2 cerita...hoho..
rajin awk berkhayal. nnti la sy melanje air coke diet ye tp awk byr. kui2 :)
Post a Comment